Canggih sangat, pilot F-35 kata ada fungsi yang tak pernah digunakan langsung!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jet pejuang F-35 Joint Strike Fighter boleh dikatakan sebagai antara jet pejuang paling modern sekarang.

Dibina oleh Lockheed Martin bersama Northrop Grumman dan BAE Systems, ia mempunyai varian yang boleh mendarat secara menegak (vertical landing seperti jet Harrier), dan mempunyai sistem sasaran canggih seperti Electro-Optics Target System (EOTS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia juga mempunyai ciri-ciri "stealth" yang tinggi, bermakna ia sukar dikesan radar. Malah dari beberapa sudut dan dalam beberapa keadaan, RCS (Radar Cross-Section atau keratan rentas radar) untuk F-35 ini dikatakan hanya sebesar bola golf yang dibuat dari besi.

Menurut artikel dari Popular Mechanics, jet pejuang dengan nama timangan Panther ini mempunyai beberapa teknologi yang canggih yang mendatangkan masalah baharu.

 

 

Teknologi Touchscreen yang bermasalah

  • Menurut juruterbang F35, penggunaan touchscreen dan skrin LCD menjadikan ruang kokpit lebih kemas dan tersusun.
  • Satu skrin boleh digunakan untuk mengawal pelbagai fungsi, dan ini mengurangkan suis dan panel.
  • Namun begitu, penggunaan touchscreen mempunyai masalah yang lain. 
  • Juruterbang mengadu mereka tidak dapat perasaan menekan butang secara fizikal, menjadikan mereka tidak pasti samada fungsi itu sudah dihidupkan atau tidak.
  • Lebih kurang 20 peratus dari juruterbang F35 dikatakan gagal mendapat keputusan yang baik dari touchscreen.
  • Puncanya ialah sukar untuk mengawal jari dari tertekan butang virtual di atas skrin ketika jet pejuang itu sedang terbang laju. 
  • Untuk yang ada kenderaan dengan sistem kawalan aircon menggunakan touchscreen, bandingkan dengan kenderaan yang menggunakan butang kawalan fizikal. 
  • Sudah faham bukan?

 

 

Teknologi helmet ajaib bernilai US$400,000

  • Dahulu, jet pejuang menggunakan sistem paparan Head Up Display atau HUD (kereta pun dah pakai).
  • Untuj F35, sistem paparan dikecilkan dan dimasukkan ke dalam helmet juruterbang.
  • Menurut seorang jutuerbang F35 yang diwawancara oleh Popular Mechanics, beliau lebih suka sistem HUD lama kerana informasi dipaparkan dengan lebih jelas.

 

 

Arahan suara untuk jet pejuang?

  • Jet F35 datang dengan sistem arahan suara atau voice command/input.
  • Juruterbang yang sama berkata fungsi arahan suara ini mungkin beroperasi dengan cemerlang semasa dalam rig ujian di daratan tetapi dalam penerbangan sebenar, semasa berada di bawah tekanan G melampau, fungsi arahan suara dirasakan tidak begitu konsisten.
  • Juruterbang itu mengaku beliau tidak tahu seorang pun juruterbang F35 yang menggunakan fungsi itu!

 

 

Untuk yang berminat, harga F35 tidak begitu mahal dan semakin menurun. 

Tahun 2020, harganya bermula dari US$82.4 juta dan tahun ini, dianggarkan bermula dari US$79.2 juta dan mungkin akan ada tauke yang akan membelinya untuk diparkir di hadapan rumah.

Artikel penuh di Popular Mechanics