Canggih sangat ke kereta sekarang? Ini contoh teknologi bantuan pemanduan dari NIssan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika diperhatikan sekarang ini, pengeluar kereta menggunakan pelbagai terminologi baharu untuk teknologi keselamatan. Dahulu lebih ringkas, hanya bersekitar tentang ABS atau sistem anti brek kekunci.

Kemudian pelbagai teknologi diperkenal seperti EBD (Daya Pengagihan Brek Elektronik), BA (Bantuan Brek) dan banyak lagi.

Tidak terhenti di situ, diperkenal pula teknologi pemanduan sebagai contoh Honda Sensing, Toyota Safety Sense dan Nissan Safety Shield.

Kali ini pelbagai teknologi disatukan di bawah satu nama khusus yang memayungi teknologi bantuan pemanduan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan LEAF NISMO.01

Di antaranya kawalan jelajah (auto cruise) berdasarkan kelajuan kenderaan depan, brek automatik dan stereng yang membelok sendiri!

Teknologi sekarang sebenarnya menuju kepada teknologi pemanduan autonomi di mana sistem atau kereta akan mengambil alih tugas pemanduan dari manusia.

Babak kereta canggih tanpa pemandu atau campur tangan manusia seperti di dalam filem sains fiksyen mungkin menjadi realiti satu hari nanti.

 

Nissan_ProPILOT_Assist_03-source

 

Sementara itu, dalam tempoh kawalan pergerakan yang semakin fleksibel, Nissan di Amerika Syarikat mengeluarkan satu artikel untuk memperingati cara-cara pemanduan dengan bantuan teknologi Safety Shield.

Logik juga memandangkan dah lama berkurung, mungkin ada yang kekok untuk memandu semula. Mari kita fahami teknologi tersebut yang dapat membantu tugas pemanduan.

1. Brek Kecemasan Automatik dan Brek Belakang Automatik

Teknologi Brek Kecemasan Automatik (Automatic Emergency Braking) dengan Pengesan Pejalan Kaki berfungsi dengan memberi peringatan secara audio dan visual dan mengaktifkan brek secara automatik bagi mengelak atau mencegah pelanggaran.

 

REB_display

 

Brek Belakang Automatik (Rear Automatic Braking) pula membantu pemandu mengesan objek statik apabila mengundur dan jika perlu mengaktifkan brek bagi mengelak pelanggaran.

Mudah bukan? Kedua-dua ini sebahagian daripada teknologi Nissan Safety Shield 360.

2. Peringatan Lintasan Trafik Belakang

Ini satu lagi teknologi yang berguna. Apabila kereta diundur dari ruang parkir, sistem Rear Cross Traffic Alert memudahkan kerja dengan mengawasi bahagian belakang kereta dan memberi amaran apabila terdapat kenderaan yang menghampiri.

 

RTCA

 

3. Pengecaman Isyarat Trafik

Teknologi Traffic Sign Recognition memaklumkan kepada pemandu tentang had laju terkini melalui pengecaman isyarat jalan raya sambil kereta dipandu.

4. Tersasar ke laluan sebelah?

Teknologi Nissan Safety Shield 360 berupaya untuk memperingatkan kepada pemandu apabila kereta tersasar ke laluan sebelah atau kenderaan lain berada di kawasan titik buta. Teknologi ini dinamakan Lane Departure Warning dan Blind Spot Warning.

 

LDW_display

 

Sistem ProPILOT Assist pula menggabungkan teknologi Intelligent Cruise Control dan Steering Assist bagi mengekalkan jurang di antara kereta di depan pada jarak yang telah ditetapkan dan mengekalkan kenderaan di tengah laluan pilihan di lebuh raya walaupun dalam laluan yang sedikit membelok.

Maknanya, kereta yang dipandu akan mengekori kereta depan secara automatik dan mengekalkan kereta di laluan tanpa tersasar ke tepi atau 'makan jalan'.

Bagaimana ProPILOT Assist berfungsi?

Ia berfungsi melalui sensor radar depan dan kamera yang di pasang di sebalik cermin pandang belakang. Jika anda perasan terdapat kawasan hitam yang besar pada bahagian atas cermin depan.

Di situ biasanya diletakkan radar bagi mencerap data yang kemudian diproses oleh sistem atau komputer dalaman.

 

Nissan_ProPILOT_Assist_01-source

 

Teknologi ini sebenarnya bukan mengambil alih terus pemanduan tetapi berfungsi sebagai sistem untuk membantu pemandu sama ada berjalan jauh menggunakan lebuh raya atau trafik henti mula (stop and go) dalam pemanduan harian.

Maknanya ia tetap memerlukan input anda sebagai pemandu dan 'pengawas' supaya ia berfungsi dengan sepatutnya.

Dalam erti kata lain, persekitaran dan undang-undang sekarang termasuk individu dan masyarakat belum bersedia sepenuhnya untuk kereta berfungsi 100 peratus secara automatik.

Belum lagi, bagaimanapun kita sedang menuju ke arah itu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin Kredit info dan foto:Nissan

 

Nissan Safety Shield 360 _2020Infographic

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…