Berbanding teknologi sebelum ini pemandu perlu berada di kerusi bagi mengawal kereta mengikut arahan yang tertera.
Apakah faedah sistem terbaru ini? Paling berguna apabila pemandu mahu meletakkan kereta di ruang yang sempit. Tiada masalah pintu sagat tiang atau kereta sebelah apatah lagi Touareg merupakan SUV besar.
Satu lagi kelebihan ialah sistem ini membolehkan kereta mengundur atau ke depan dan tidak terhad kepada ruang parkir sisi sahaja.
Berikut ialah cara sistem Park Assist baharu berfungsi:
Mod pertama
- Pemandu berada di dalam kereta seperti biasa.
- Pemandu menekan butang P pada skrin infotainment bagi mencari ruang parkir.
- Setelah sistem berjaya mengesan satu atau lebih ruang bersesuaian, makluman dibuat melalui skrin infotainment. Pemandu pilih ruang yang mahu digunakan.
- Isyarat mod "Injak brek, tekan dan tahan butang atau pilih Park Assist with remote control" dipaparkan pada Digital Cockpit (bahagian meter) Touareg.
- Pemandu pilih mod pertama dan tekan butang Drive (P AUTO) secara berterusan di bawah tombol gear.
- Operasi parkir dimulakan.
Mod kedua
- Pemandu menggunakan telefon pintar dan aplikasi VW Remote Park Assist Plus sebagai alat kawalan jauh.
- Pemandu mengaktifkan fungsi carian parkir dengan menekan butang P pada skrin infotainment.
- Pemandu pilih satu dari ruang kosong yang disenaraikan.
- Pilih mod Park Assist with remote control.
- Pemandu ambil kunci dan keluar dari Touareg dan aktifkan pergerakan parkir dengan menekan ikon Drive pada aplikasi telefon pintar.
- Ikon Drive perlu ditekan secara berterusan untuk tujuan keselamatan.
- Touareg digerakkan secara automatik untuk masuk ke ruang parkir.
Keluar dari ruang sempit
- Untuk mengeluarkan Touareg dari ruang sempit, pemandu menghidupkan enjin melalui aplikasi yang sama pada telefon pintar. Pilih butang START/ENGINE/STOP.
- Apabila enjin dihidupkan, arahan pergerakan seperti "ke depan kiri" atau "ke depan kanan" dipaparkan.
- Pemandu pilih arahan dan pergerakan seterusnya diaktifkan dengan menekan ikon Drive secara berterusan.
- Pergerakan untuk keluar dari ruang parkir ditayangkan pada telefon pintar.
Teknologi yang digunakan pada Touareg terdiri dari 12 sensor ultrasound dan empat kamera dari sistem Area View 360-degree.
Kamera tersebut diletakkan pada cermin depan, cermin sisi dan pintu but. VW menggunakan sensor fusion bagi memastikan pengesanan objek secara optimum.
Operasi parkir automatik Touareg dihentikan sejurus butang Drive dilepaskan.
Teknologi parkir tanpa pemandu pada SUV mewah Touareg ini adalah yang pertama seumpamanya untuk kenderaan VW.
Penulis: Muhammad Md Tajudin