Can-Am Ryker 2020 dipanggil semula - Tayar depan berisiko tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda mempunyai atau ada kawan yang memiliki jentera Can-Am Ryker 2020, ini merupakan satu peringatan keselamatan buat anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana Borbardier Recreational Products (BRP) dengan kerjasama National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengisukan kempen panggil semula terhadap model tersebut atas risiko tayar hadapan mudah tercabut.

Kempen ini walaubagaimanapun hanya melibatkan 0.4 peratus yang dipasang antara 16 Ogos 2019 - 27 Mac 2020 daripada jumlah keseluruhan 6,866 unit trike yang telah dijual.

 


Menurut keterangan NHTSA, struktur pada roda hadapan Can-Am Ryker 2020 yang dimaksudkan itu tidak dipasang dengan elok ketika proses pra-penghantaran oleh pihak pengedar, termasuklah aplikasi daya kilas yang tepat serta pemasangan klip kunci berwarna merah.

Dalam sesetengah situasi, ia akan mengakibatkan tayar depan tercabut dan meningkatkan risiko kemalangan.

 


Isu tayar hadapan yang mudah tercabut ini bukanlah satu cerita lawak, di mana pihak BRP turut mengesan satu kemalangan yang melibatkan Can-Am Ryker pada 14 September dan menyebabkan penunggangnya cedera.

Setelah berbincang dengan NHTSA, kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat kempen panggil semula pada 4 Oktober yang lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…