Campervan Mercedes-Benz Sprinter ini siap ada garaj mini!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Sprinter tidak dapat dinafikan memainkan peranan yang sangat penting di dalam industri campervan, di mana ia merupakan antara casis campervan pilihan utama oleh para penggemar aktiviti luar, serta pilihan syarikat-syarikat conversion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah sebuah contoh menarik yang kami bawakan pada artikel kali ini datangnya dari syarikat UK, Hunter Sport Homes yang dibangunkan berdasarkan Sprinter model long-wheelbase.

 


Menurut keterangan yang diperoleh daripada laman web rasmi Hunter Sport Homes, campervan ini mampu memuatkan sehingga empat orang pada satu-satu masa.

Disebabkan Sprinter ini memiliki dimensi yang amat panjang, ruang belakang telah dijadikan sebagai sebuah garaj mini yang mampu untuk menempatkan basikal, motosikal, atau papan ski bergantung kepada keperluan.

Dinding dan lantai garaj ini diperbuat daripada lembaran logam tahan lasak, dan boleh dihubungkan dengan ruang rehat menerusi satu pintu kecil.

 


Ruang di atas garaj mini itu pula dijadikan sebagai bilik tidur utama, di mana para pembeli boleh menetapkan ketinggiannya mengikut kesesuaian dan juga keperluan.

Sementara di tempat ruang rehat pula terdapat kehadiran tempat duduk balutan kulit berbentuk L dan dipisahkan daripada ruang kabin pemandu, di mana ia juga boleh bertindak sebagai katil kedua.

Terdapat juga rekaan Open Lounge ditawarkan sebagai opsyen.

 


Antara kemudahan yang disediakan termasuklah ruang memasak, sinki, dapur gas, kombinasi oven dan juga grill, peti sejuk berkapasiti 50 liter, bilik air dan juga tandas, serta tangki air berkapasiti 100 liter.

Pihak Hunter Sport Homes turut memasang panel solar 100-watt, sistem pemantauan bacaan elektrik/air/suhu, slot pengecasan 240v, dan sistem pencahayaan jenis LED yang lebih menjimatkan penggunaan tenaga.

 


Menurut Hunter Sport Homes, harga pakej penukaran asas adalah bernilai £19,495 (RM107,420) sebelum cukai, dan senarai penuh kemudahan (serta opsyen) yang ditawarkan boleh dibaca di pautan di bawah:

https://www.huntersporthomes.co.uk/lwb

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…