Namun, hakikatnya Camelot Cruiser merupakan salah satu daripada tiga unit motorhome yang dibina oleh Edler & Company pada tahun 1974 menggunakan asas daripada sebuah lori bersendi.
Unit trailer yang disambungkan itu menempatkan segalanya yang anda impikan untuk sebuah motorhome - bilik tidur bersaiz penuh, dapur memasak, ruang rehat, dan bilik air - malah kesemua ruang yang disebutkan ini dipenuhi dengan perabot kayu seakan duduk dalam rumah sebenar!
Kelengkapan pada ruang memasak pula sememangnya cukup lengkap dengan tempat membasuh pinggan, rak menyimpan pinggan mangkuk, periuk, malah perkakasan seperti pembuka tin juga turut tersedia.
Tidak cukup dengan itu, 'tingkat' bawah trailer ini boleh memuatkan sehingga dua jentera salji (snowmobile), namun terdapat contoh lain yang direka supaya mampu memuatkan sebuah bot dan ruang untuk menempatkan kuda peliharaan!
Untuk menggerakkan motorhome seberat 18,143 kilogram ini, ia menggunakan trak Ford C750 yang didatangkan dengan enjin 5.8 liter berkuasa petrol yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.
Kesemua binaan, kemudahan, susun atur perabot serta cat masih lagi merupakan spesifikasi asal seperti ia mula dibina pada tahun 1974.
Berita baiknya, lori motorhome ini boleh didapati menerusi laman web WorldWideAuctioneers, dan anda sudah boleh mula untuk merancang masa hadapan nomad bersama yang tersayang.
Sumber: WorldWideAuctioneers