CAM EA4 kini di Malaysia, van elektrik 134 hp, jarak gerak 400 km, RM215,800

oleh Mohamad Hanif|
CAM Malaysia baru-baru ini melancarkan model van komersial berkuasa elektik CAM EA4 untuk pasaran tempatan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan model EV kedua yang diperkenalkan selepas model CAM EC35 yang telah dilancarkan pada Januari 2022, sebagai alternatif kepada van CAM Placer-X A4.
 

CAM


Dari segi kuasa, CAM EA4 membawakan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 134 hp dan daya kilas 320 Nm.

Pek bateri LPF berkapasiti 60.1 kWh atau 86.1 kWh mampu menawarkan jarak gerak sehingga 400 km (data NEDC), selain menyokong pengecasan AC 6.6 kW atau pengecasan pantas di mana bateri boleh dicas 20 hingga 80 peratus dalam masa 1.5 jam sahaja.

CAM EA4 versi panel menawarkan ruang kargo sebesar sehingga 7,000 liter dengan kapasiti muatan sehingga 1,025 kg.
 

CAM


Sementara versi Window Van pula membawakan ciri seperti sistem pendingin hawa dengan enam corong bumbung, bukaan pintu gelangsar, tempat duduk boleh dilipat dengan konfigurasi sehingga 12 orang pada satu-satu masa.

Ciri lain termasuklah skrin infohibur tujuh inci dengan empat pembesar suara stereo, kamera dan penderia undur, serta ciri keselamatan seperti dua beg udara, peringatan tali pinggang keledar, amaran pejalan kaki kelajuan rendah, pengehad kelajuan, ABS dan EBD.

Di pasaran Malaysia, harga jualan CAM EA4 bermula dari RM215,800 dan datang siap dengan jaminan pengeluar selama enam tahun atau jarak perbatuan 200,000 km (yang mana tiba dahulu).