Caltex cipta rekod dunia Guinness

oleh SALINA JALIL|
Caltex (Chevron Malaysia Limited) telah berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness bagi penggunaan bahan api Premium 95 dengan Techron dan berjaya mencatatkan rekod baharu pemanduan dalam aksi yang dilakukan di Thailand, baru-baru ini
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi, Shahid Ahmed berkata, rekod pendakian terpantas yang pertama di jalan berbukit Doi Chang itu dilakukan oleh Natasha Chang, pelumba profesional dari Jamaica yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

 

“Kami telah menggunakan kereta berusia 28 tahun yang diisi bahan api Caltex dengan Techron melalui kawasan berketinggian 1,000 meter dari paras laut sejauh lapan kilometer (km) yang menyaksikan Natasha mencatatkan masa 6 minit 52.69 saat,” kata beliau lagi. 

 

Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Datuk Hans Isaac, selaku duta Caltex Malaysia; Natasha Chang selaku pemandu perlumbaan profesional  serta Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex Asia Pasifik, Greg Engeler.

 

 

Aksi perlumbaan  berkenaan telah mendapat liputan National Geographic menerusi program ‘Record Rides’ turut menampilkan hos televisyen KC Montero yang bersaing dan mencatatkan masa sekitar 7 minit 30 saat.

 

Melalui penarafan ini, Caltex membuktikan bahawa bahan apinya dengan formulasi aditif Techron membantu melindungi enjin dan mampu mencapai prestasi serta kelancaran pada tahap maksimum.

 

“Petrol yang kami gunakan ketika mencatat rekod dunia adalah sama seperti yang terdapat di stesen petrol Caltex yang menawarkan Premium 95 dan 97 dengan Techron.

 

“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman pemanduan berbeza menggunakan bahan api berkenaan,” katanya.

 

Chevron Malaysia Limited yang beroperasi 80 tahun di negara ini mengendalikan 420 stesen petrol Caltex di seluruh semenanjung Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…