Calon akhir Anugerah Kereta Tahunan Dunia 2020 dikuasai jenama Eropah, Jepun dan Korea!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal kira-kira dua bulan sahaja lagi sebelum acara World Car of The Year 2020 bakal membuka tirainya pada 8 April ini, dan senarai pencalonan akhir telah pun diumumkan menerusi laman web rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk merebut anugerah kategori World Car of The Year 2020, 10 buah model telah dipilih termasuklah Hyundai Sonata, Kia Soul EV, Kia Telluride, Range Rover Evoque, Mazda3, Mazda CX-30, Mercedes-Benz CLA-Class, Mercedes-Benz GLB-Class, Volkswagen Golf dan juga Volkswagen T-Cross.

Selain daripada anugerah utama, Volkswagen T-Cross dan Kia Soul EV turut tersenarai di dalam anugerah World Urban Car bagi melawan Mini Cooper SE, Peugeot 208 dan Renault Clio.

 

 


Sementara itu, anugerah World Luxury Car didominasi oleh jenama automotif Jerman seperti BMW X5, BMW X7, Mercedes EQC, Porsche 911 (ya!) dan Porsche Taycan.

Porsche 911 turut tercalon sekali lagi di dalam anugerah World Performance Car bagi menyaingi BMW M8, Porsche 718 Spyder/Cayman GT4, Porsche Taycan dan calon tunggal dari Jepun, Toyota GR Supra.

 


Anugerah rekaan terbaik (World Car Design of The Year) pula terdiri daripada calon-calon seperti Alpine 110S, Mazda3, Mazda CX-30, Peugeot 208 dan Porsche Taycan. 

Menariknya, dalam senarai akhir anugerah yang diumumkan, tiada satu pun jenama automotif Amerika muncul walaupun beberapa model seperti Cadillac CT4, CT5 dan XT6 serta Ford Kuga dan Ford Explorer berada di dalam senarai pencalonan. 

 


Keputusan akhir akan diadili oleh sekumpulan 86 orang jurnalis automotif dari seluruh dunia dan akan diumumkan pada acara New York Auto Show pada April nanti.

Senarai penuh pencalonan boleh dilihat menerusi laman web 2020 World Car of The Year Award.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seterusnya Firma KPMG bertanggung jawab dalam membuat tabulasi keputusan pengundian. Berikut…
Berita Global
  Satu daripada COTY yang berpengaruh ialah anugerah Kereta Tahunan Dunia (WCOTY) yang diumumkan…
Berita Global
  Suzuki bukan nama asing di dalam kategori Kereta Urban Dunia apabila Ignis turut tercalon di…