California Tawar Insentif Pemasangan Pengecas EV di Pangsapuri dan Apartment

oleh Qalif Latif|
Program yang dinamakan Communities in Charge Project ini dibiayai oleh California Energy Commission Clean Transportation Program, dengan tumpuan khusus kepada komuniti berpendapatan rendah serta kawasan yang kurang bernasib baik. Pemilik tapak boleh menerima sehingga USD8,500 (lebih kurang RM40,000) bagi setiap pemasangan pengecas Level 2, manakala sehingga USD2,000 (sekitar RM9,400) untuk pengecas Level 1. Komuniti pribumi (tribal communities) turut layak menerima insentif tambahan.

Matlamat utama adalah memastikan kemudahan ini sampai ke kawasan yang biasanya terpinggir daripada infrastruktur moden. Walaupun harga kereta baharu semakin meningkat, EV kini mengejutkan ramai kerana ditawarkan dengan kadar sewaan (lease) yang murah dan model terpakai pula semakin mampu milik.

Menutup jurang penting

Program ini dilihat mampu menyelesaikan antara kelemahan terbesar dalam infrastruktur EV. Buat masa ini, sesiapa yang tidak memiliki rumah sendiri atas tanah hampir mustahil untuk memasang pengecas peribadi. Akibatnya, penghuni pangsapuri atau kondominium terpaksa bergantung kepada pengecas awam yang walaupun semakin baik, masih jauh daripada tahap boleh dipercayai. Dengan harga rumah yang berada pada paras tertinggi, ramai memilih untuk terus menyewa dan menggunakan kereta petrol bagi mengelakkan kesulitan mengecas di tempat awam.

Menyediakan kemudahan pengecasan di kediaman sewa mungkin jadi pemangkin kepada penduduk untuk menukar kenderaan petrol mereka kepada EV.

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Pembinaan bermula pada 2022 bersempena Hari Bumi dan dijangka siap menjelang akhir 2026 dengan…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…