CAKE Makka Polestar edisi kedua, moped elektrik guna Öhlins, RM23.6k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
CAKE Makka Polestar Second Limited Edition
CAKE Makka Polestar Second Limited Edition
Satu daripada kenderaan yang tidak harus diabaikan di dalam agenda elektrikfikasi ialah skuter dan moped elektrik.

Sekarang ini memang banyak di pasaran namun kegunaannya secara sah masih lagi terhad.

Skuter dan moped elektrik dilihat sebagai mod pengangkutan yang baik dan menjimatkan termasuk digunakan untuk pengangkutan awal dan akhir (first and last mile).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
CAKE Makka Polestar Second Limited Edition

Terbaru Polestar dan CAKE memperkenalkan moped elektrik edisi kedua Makka Polestar dan menggunakan warna langit (sky) seperti model konsep Polestar electric roadster.

Kombinasi ini mengingatkan tentang Honda City generasi pertama dan skuter Honda Motocompo.

Cake berasal dari Sweden dan mengeluarkan motosikal dan moped elektrik seperti Kalk dan Ösa selain Makka.

 

Polestar electric roadster concept

 

Kedua-dua syarikat telah bekerjasama pada 2021 dengan mengeluarkan CAKE Makka Polestar dalam warna Polestar Snow Matte dan habis terjual serta-merta.

Selain warna istimewa, moped ini dilengkapi suspensi Öhlins dan menyerlahkan penampilannya yang sedia unik.

Edisi terbaru ini juga dipasangkan tempat bawa barang belakang boleh tanggal dan sesuai untuk kotak, rak, tempat duduk dan sebagainya. 

CAKE Makka Polestar Second Limited Edition

Dari segi teknikal, CAKE Makka Polestar boleh dipandu sehingga 50 kilometer (km) (gabungan bandar, WMTC-II) dan mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam (km/j).

Pakej elektrik mempunyai kapasiti 1.5 kilowatt jam (kWh) dengan kuasa 3.6 kilowatt (kW). Daya kilas pula setinggi 60Nm.

Bateri boleh ditanggal dan sistem elektrik mempunyai fungsi brek regeneratif.

CAKE Makka Polestar Second Limited Edition

Moped ini nampak rendah namun tinggi tempat duduk boleh dilaras dengan ketinggian 790 milimeter (mm). Jarak roda berukuran 1,210 mm.

Makka Polestar ditawarkan secara eksklusif di beberapa pasaran Polestar terpilih bermula 14 Disember.

Harganya? 4,350 Pound Sterling (RM23,656.40).