Cakap tak serupa bikin - ahli politik ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol

oleh Mohamad Hanif|
Beliau pernah muncul di dalam satu kolum akhbar pada 26 Disember lalu dengan pendirian tegas mengkritik pemandu yang gemar memandu di bawah pengaruh alkohol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, dalam satu hantaran di laman Twitter, beliau mengulang kembali kata-kata "tiada alasan bagi mereka yang memandu dalam keadaan mabuk pada musim perayaan ini."

Namun, nasib beliau tidak baik apabila ahli politik New York itu berjaya ditahan pasukan polis ketika sambutan tahun baharu atas sebab yang sama - memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan Yahoo News, Brian M. Kolb dari parti Republican didapati terlibat dalam satu kemalangan di 7980 County Road 41 di Victor dalam sebuah kenderaan GMC Arcadia. 

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan pada kemalangan pada jam 10.30 malam itu.

Kolb juga didapati gagal dalam ujian pernafasan yang dilakukan oleh pasukan polis ditempat kejadian dengan bacaan alkohol di dalam darah melebihi 0.08 peratus. 

Dalam satu kenyataan rasmi yang dibuat, Kolb mengakui kesilapan beliau dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan. 

Sumber: Yahoo News

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Olivier Dassault menyayangi Perancis. Seorang pemimpin industri, ahli politik... selama…
Berita Domestik
Hamid berkata selain dari NGO, sektor swasta, agensi kerajaan dan jabatan serta kementerian juga…