Caj perkhidmatan bergerak PUSPAKOM meningkat,10 hingga 20 peratus mulai April

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengumumkan kadar caj baharu perkhidmatan bergerak dengan kenaikan antara 10 hingga 20 peratus mulai 1 April ini.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata kenaikan itu hanya membabitkan perkhidmatan Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS).

Beliau berkata pindaan kadar caj dibuat selepas pertimbangan menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos masa kini.

Katanya, pindaan kadar caj itu juga dibuat setelah kajian menyeluruh dijalankan bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak PUSPAKOM dapat dikekalkan untuk manfaat pelanggan.

“Pelanggan yang membawa kenderaan ke cawangan PUSPAKOM tidak akan terkesan dengan perubahan ini.

“Perubahan ini sejajar dengan peningkatan kos operasi perkhidmatan bergerak kami. Walau bagaimanapun fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan jadual caj baharu, perkhidmatan MTS bagi 50 kilometer (km) pertama dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM3,300, peningkatan sebanyak 10 peratus, manakala, caj MVS bagi 50km pertama naik 20 peratus, iaitu daripada RM100 kepada RM120.

Mahmood berkata kenaikan itu dapat memastikan kelangsungan perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan komersial dan persendirian untuk menjalani pemeriksaan di lokasi pilihan mereka.

 

FMT

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, sebelum pembukaan cawangan itu,…
Berita Domestik
Penambahbaikan tersebut melibatkan dua aspek penting iaitu pemeriksaan ketebalan bunga tayar dan…
Berita Domestik
"Kita mempunyai pelanggan yang ramai, setiap tahun 1.4 juta pelanggan datang periksa kenderaan…