Caj parkir lebih mahal untuk SUV di bandar Paris tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Gambar hiasan
Ibu negara Perancis, Paris bakal melaksanakan caj parkir yang lebih tinggi kepada kenderaan genre SUV bermula tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan The Guardian, inisiatif tersebut telah pun diluluskan oleh Ahli Majlis Perbandaran Paris, di mana mereka akan mengambil kira saiz, berat dan jenis enjin yang digunakan oleh SUV ke dalam pengiraan caj parkir tersebut.

Undang-undang baharu itu diusulkan oleh parti ekologi EELV dengan menyebut bilangan SUV di Paris telah meningkat sebanyak 60 peratus untuk tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pun begitu, jumlah SUV yang sebenar hanya merangkumi 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan pendaftaran peribadi di bandar Paris sekitar 1.15 juta unit.

Para pemilik SUV elektrik dan kenderaan keluarga yang lebih besar akan dikecualikan daripada kenaikan caj tersebut.
 

X6


Tiada sebarang info berhubung bagaimana SUV akan dikategorikan, serta jumlah kenaikan yuran parkir yang bakal dikenakan ke atas kenderaan tersebut.

Namun yang pasti, undang-undang baharu itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun hadapan (2024).

Selain daripada Paris, sebuah lagi bandar terbesar di Perancis, Lyon bakal melaksanakan undang-undang yang sama tahun hadapan, di mana caj parkir akan dikenakan berdasarkan saiz, berat dan jenis enjin SUV.

Di sana, pemilik EV hanya perlu membayar yuran bulanan serendah 15 euro/bulan (RM76.36/bulan), sementara pemilik kenderaan berenjin pembakaran dalaman dengan berat melebihi 1,725 kg perlu membayar sehingga tiga kali ganda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, baru-baru ini warga Paris mengadakan undian untuk mengenakan kos parkir yang tinggi dengan…
Berita Domestik
Tiga lokasi baharu yang telah ditambah ialah Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban-…
Berita Domestik
  Menurutnya, ibu bapa juga akan berdepan dengan kos perbelanjaan tinggi pada Mac ini bersempena…