Caj kesesakan dan diskaun tol sudah dibincang oleh Kabinet sejak beberapa bulan kebelakangan

oleh Penyumbang Rencana 2|
Diskaun tol atau kadar tol rendah bagi pengguna lebuh raya bagi waktu anjal telah pun dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet semenjak beberapa bulan yang lalu sekiranya cadangan untuk menghapuskan tol tidak berjaya.

Sumber menyatakan bahawa idea caj kesesakan untuk tempoh tertentu serta diskaun tol pada waktu bukan puncak, hujung minggu dan musim perayaan telah pun dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan baru sejak tahun lalu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

"Adalah mustahil (untuk kerajaan) untuk mengambil alih semua konsesi lebuh raya sekali gus jika melihat kepada keadaan kewangan semasa. Oleh itu, kerajaan turut mengkaji pilihan-pilihan lain bagi meringankan beban pengguna secara berperingkat," kata sumber dalaman pada pagi ini.

Sejak malam tadi, topik 'caj kesesakan' telah menjadi perbualan hangat di media sosial berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Ia menyatakan bahawa kerajaan sedang berbincang dengan Gamuda Berhad dengan tujuan untuk memperoleh peratusan pegangan tertentu bagi empat syarikat konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

 

 

"Setelah pengambil alihan empat lebuh raya berjaya, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisme tol yang sedia ada. Sebagai ganti, 'caj kesesakan' akan diperkenalkan di mana pengguna hanya perlu membayar 'caj kesesakan' iaitu bersamaan dengan kadar tol sedia ada selama enam jam iaitu ketika di waktu puncak," kata kenyataan PMO.

Kenyataan itu menyatakan bahawa laluan percuma akan ditawarkan bagi tempoh bukan puncak di antara 11 malam hingga 5 pagi manakala kadar tol biasa akan dikenakan semasa lalulintas sibuk iaitu untuk tiga jam pada waktu pagi dan tiga jam pada petang. Semasa tempoh keadaan lalulintas biasa, pemandu boleh menikmati kadar diskaun sehingga 30% daripada caj tol sedia ada.

Minggu lalu, ketika lawatan kerja di Pantai Timur, Menteri Kerja Raya Baru Bian telah mengesahkan bahawa firma perunding yang dilantik oleh kerajaan yang mengkaji hasrat kerajaan untuk menghapuskan tol lebuh raya, juga telah diminta untuk melihat cara lain yang bersesuaian bagi meringankan bebanan rakyat.

 

 

Semasa Jelajah FTRoadpedia selama tiga hari di Kelantan, Pahang dan Terengganu anjuran Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya, Baru berkata Kementerian telah diberi tempoh enam bulan untuk membentangkan mekanisme terbaik bagi meringankan beban pengguna lebuh raya bertol.

"Kami akan membentangkan penemuan kajian oleh juruaudit kepada Kabinet pada bulan Mei ini dan kami mungkin akan mengumumkannya pada Jun. Sebagai contoh, kita mahu melihat masa yang sesuai untuk beri diskaun tol bagi pengguna lebuh raya termasuk pada minggu perayaan dan juga semasa hari bekerja," katanya kepada pemberita di Kota Bharu minggu lepas.

Walau bagaimanapun, sumber kerajaan juga mengingatkan bahawa idea kadar tol anjal untuk lebuh raya utama terutama sekali di Lembah Klang bukanlah sesuatu yang baru.

"Kajian yang mendalam juga telah dijalankan beberapa tahun lalu tetapi kerajaan terdahulu tidak bersedia untuk melaksanakannya kerana ia melibatkan kos yang besar," kata sumber tersebut.

 

 

Empat tahun yang lalu, Mantan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini telah menyatakan bahawa para pengguna lebuh raya bertol mungkin berpeluang untuk menikmati diskaun ke atas kadar tol untuk waktu tertentu.

Pada waktu itu, Fadillah berkata bahawa Kementerian Kerja Raya dan agensi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menjalankan kajian menyeluruh dan seterusnya akan mengemukakan cadangan kepada syarikat konsesi untuk kadar tol fleksibel.

Secara peribadi, Fadillah bersetuju dengan prinsip untuk menawarkan rebat kepada pengguna kerap.

"Kami bersedia untuk mendengar maklum balas dan cadangan dari orang ramai dan berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya, tetapi ini sebenarnya terpulang kepada mereka (operator lebuh raya). Kami tidak boleh memaksa mereka kerana syarikat-syarikat ini juga bertanggungjawab untuk menyerahkan kata putus kepada para pemegang saham syarikat," kata Fadillah semasa sesi dialog dan makan malam bersama para pelajar Malaysia di Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada November 2015.

Oleh Shahrim Tamrin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anwar berkata, kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan…
Berita Domestik
Jajaran sepanjang 35.5km ini telah beroperasi secara percuma, sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac…
Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…