Cadillac Optiq-V 2026 – SUV EV 0-100 km/j dalam 3.5 saat

oleh Qalif Latif|
Cadillac mengembangkan lagi barisan kenderaan elektrik (EV) berprestasi tinggi mereka menerusi pelancaran model baharu, Cadillac Optiq-V 2026. SUV elektrik kompak ini kini hadir dengan lencana V-Series yang sinonim dengan prestasi agresif, sekaligus meletakkannya sebagai model paling berkuasa dalam keluarga Optiq.

Model ini menggunakan sistem pacuan semua roda dwi-motor yang sama seperti Lyriq-V, namun dengan output sedikit lebih rendah iaitu 519 kuasa kuda dan 650 lb-ft tork, berbanding Lyriq yang menghasilkan 615 kuasa kuda.

Cadillac

Menurut Cadillac, Optiq-V mampu memecut dari 0 ke 60 mph (0–96 km/j) dalam masa hanya 3.5 saat. Namun, prestasi tinggi ini datang dengan sedikit pengorbanan pada jarak pemanduan. Bateri berkapasiti 85.0-kWh pada Optiq-V menawarkan jarak sekitar 275 batu (442 km), iaitu kira-kira 40 km lebih pendek berbanding model standard.

Cadillac menegaskan bahawa model ini bukan sekadar laju di jalan lurus. Jurutera utama Optiq-V, Alex Doss, menjelaskan bahawa model ini turut dibangunkan untuk prestasi jalan berliku atau berbukit. Ciri-ciri prestasi termasuk brek hadapan Brembo enam piston, sistem stereng yang lebih pantas, suspensi talaan semula, dan tayar Continental SportContact 6.

Dari segi reka bentuk, Optiq-V dibezakan dengan bahagian muka hadapan unik serta corak V-Series pada gril palsu. Warna biru diraja digunakan sebagai tema utama merangkumi kaliper brek, cermin suku belakang, papan pemuka, belakang tempat duduk, hingga ke tali pinggang keledar.

Cadillac

Optiq-V juga akan menjadi produk pertama General Motors yang dilengkapi port pengecasan NACS secara terus, membolehkan ia mengakses rangkaian pengecas Tesla Supercharger yang luas.

Produksi dan jualan dijangka bermula pada musim luruh ini, dengan sasaran harga permulaan AS$68,795 (~RM324,000.00 tidak termasuk cukai dan duti import). Tapi bukan untuk pasaran Malaysia

Cadillac Newsroom – Introducing the 2026 OPTIQ‑V (9 Jun 2025)
https://news.cadillac.com/newsroom.detail.html/Pages/news/us/en/2025/jun/0609-optiq-v.html.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Barisan pemandu berpengalaman untuk musim 2026 Penyertaan Zhou melengkapkan struktur pemandu bagi…
Sukan Bermotor
Empat pelumba utama termasuk pelumba berpengalaman seperti Alex Lynn dan Earl Bamber meraikan…
Berita Global
  Turut dipasang sistem pengudaraan kotak engkol (crankcase), rod tunjal dari chromoly dan…