Seiring dengan usaha Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau, Dongfeng Box bakal menonjol sebagai daya tarikan dalam segmen EV, dengan rupa bentuk dan warna yang menawan serta menawarkan jarak perjalanan mengagumkan sejauh 430 km dengan sekali cas.
EV ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini, termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan bantuan pengawalan lorong, kawalan pelayaran adaptif, dan amaran perlanggaran, serta sistem parkir automatik, menjadikannya pilihan ideal untuk pengangkutan bandar.
’Experience Centre’ CADB Dibuka di Cyberjaya dan Kota Damansara
Seiring dengan pelantikan yang bersejarah ini, CADB dengan bangga mengumumkan pembukaan ’Experience Centre’ CADB pertamanya di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya, serta ’flagship store’ di Kota Damansara.
Pusat-pusat ini memberikan peluang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan untuk merasai sendiri pengalaman dengan Dongfeng Box.
Kedua-dua lokasi ini berfungsi sebagai pusat pendidikan, latihan, dan penglibatan, sekaligus mengukuhkan komitmen CADB untuk meningkatkan pengalaman kenderaan elektrik di Malaysia.
Ujian Jalan Raya untuk Pasaran Malaysia
Dalam usaha CADB untuk menyediakan EV berkualiti tinggi yang disesuaikan dengan keperluan tempatan, 3 unit Dongfeng Box baru-baru ini menyelesaikan fasa akhir Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dengan menjalankan ujian jalan raya secara menyeluruh oleh pasukan jurutera dari Dongfeng Motor.
Ujian ini meliputi pelbagai jenis permukaan jalan, keadaan pemanduan, dan faktor persekitaran di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jarak perjalanan sejauh 45,000 kilometer bermula Julai hingga September 2024.
Ujian yang dijalankan, termasuk Ujian Ketahanan Adaptif (DAT), Ujian Jalanan Elektrikal (ERT), dan Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
Ia bukan sahaja mengesahkan ketahanan Dongfeng Box tetapi juga memperkenalkan penambahbaikan dalam navigasi, ciri-ciri keselamatan, dan Digital Head Unit (DHU) untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemandu Malaysia.
Fasa akhir R&D ini memastikan Dongfeng Box siap untuk jalan raya Malaysia, memenuhi keperluan harian dengan kecekapan, keselamatan, dan keselesaan.
Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, Presiden PEKEMA, menyatakan, "Pelantikan 23 pengedar pertama di seluruh negara menandakan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menggerakkan industri automotif Malaysia ke arah elektrik.
Proses R&D menyeluruh ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan untuk pelanggan kami."
KUMPULAN PERTAMA PELANTIKAN RASMI PENGEDAR SAH DONGFENG CARS MALAYSIA;