Cadangan tambah penerbangan tengah malam, tambang murah sempena cuti raya - Wee Ka Siong

oleh Penyumbang Rencana|
Syarikat penerbangan tempatan dicadangkan supaya menawarkan penerbangan tambahan pada harga yang lebih rendah pada waktu tengah malam bersempena dengan musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang bakal menjelang, Bernama melaporkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam hantaran di Facebook menjelaskan, penambahan kapasiti dan jumlah penerbangan merupakan langkah berkesan untuk mengatasi kesesakan dan berupaya mengurangkan kadar tambang.

“Saya penuh yakin langkah ini dapat dilaksanakan, lebih-lebih lagi dengan adanya Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) baharu.
 

MAS


“Kompleks ini akan meningkatkan pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 kepada 108 pergerakan sejam dengan menggunakan tiga landasan serentak berbanding 84 pergerakan sejam dengan dua landasan sebelum ini.

“Sudah pasti langkah ini dinanti-nantikan oleh rakyat khususnya pengguna pengangkutan udara yang ingin pulang ke kampung halaman meraikan hari gembira bersama keluarga dan insan tersayang,” katanya.

Wee berkata kadar tambang penerbangan pergi balik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak ketika musim perayaan sering menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam kalangan rakyat.
 

Batik Air


Beliau berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah bertemu dan berbincang dengan syarikat penerbangan tempatan beberapa bulan lepas untuk menambah penerbangan pada waktu tengah malam dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disarankan melanjutkan pengoperasian, yang secara dasarnya telah dipersetujui.

“Kita berharap Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, Batik Air dan sebuah syarikat penerbangan tempatan yang baharu MyAirline, yang mula beroperasi pada awal bulan ini, dapat merealisasikan cadangan ini dan menawarkan kadar tambang murah kepada para penumpang semasa musim perayaan.

“Saya yakin Kementerian Pengangkutan di bawah Kerajaan Perpaduan akan meneruskan usaha ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Keadaan semakin pulih dan mereka mula bersambung seawal jam 7 malam hari ini. “Ramalan…
Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…