Cadangan naik taraf lesen kelas B2 kepada B secara automatik dibawa ke MOT

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat cadangan untuk naik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik, menurut laporan terbaharu daripada Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.

Jelasnya, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

"Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

"Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di sini, hari ini.

Majlis pelepasan melibatkan lebih 238 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada ahli Superbikers Association Malaysia (S.A.M) itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden S.A.M Datuk Abdul Halim Suleiman.

Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500 cc.

Terdahulu, Abdul Halim menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu kelas B2 kepada B secara automatik bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…