Cadangan: Dua pusingan perlumbaan Cub Prix serentak

oleh SALINA JALIL|
Kejuaraan Cub Prix Malaysia mungkin sukar dilangsungkan sebanyak 10 pusingan seperti perancangan asal jika ia membuka tirai semula seawal Julai ini.


Perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah Urusan Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd yang juga promoter bagi acara kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Ron Hogg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, masa agak suntuk untuk melengkapkan 10 pusingan perlumbaan namun pihaknya masih mempunyai beberapa alternatif lain.

 

"Mungkin susah untuk lengkapkan 10 pusingan perlumbaan. Paling minimum boleh dianjurkan adalah enam pusingan.

 

"Tapi kami ada perancangan lain jika tidak dapat menganjurkan kesemua 10 pusingan perlumbaan, antaranya dengan mengadakan dua perlumbaan serentak untuk setiap pusingan," katanya.

 

Jelas Ron, sehingga kini pihaknya hanya menunggu perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mungkin akan berlangsung selepas berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), 9 Jun ini.

 

"Kami perlu menyediakan SOP (prosedur operasi standard) yang antaranya ialah perlumbaan akan dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton," katanya.

 

Kejuaraan Cub Prix sepatutnya membuka tirainya bermula 15 Mac lalu namun ia ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

 

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Domestik
Penganalisis dari Badan Pemikir Bait Al-Amanah, Karisma Putera Rahman bercakap kepada Free Malaysia…
Informasi
Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan…