Cadangan Caj Kesesakan untuk ganti tol lebuhraya - percuma antara jam 11pm hingga 5am

oleh HEZERI SAMSURI|
Seraya dengan janji manifesto pilihanraya Kerajaan Pakatan Harapan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan sudah mula berbincang dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat konsesi lebuhraya.

Gamuda ialah pemegang majoriti saham untuk Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan terowong SMART.

Selepas proses pengambilalihan selesai, pihak kerajaan bercadang untuk menghapuskan sistem tol sekarang dan digantikan dengan Caj Kesesakan (Congestion Charge).

Di bawah cadangan tersebut, pengguna empat lebuhraya berkenaan akan membayar Caj Kesesakan jika mereka menggunakannya dalam tempoh "kesesakan tinggi" yang berlaku selama enam jam sehari.

Mereka yang menggunakan lebuhraya-lebuhraya tersebut semasa waktu tidak sesak, iaitu antara 11 malam sehingga 5 pagi tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Pengguna yang menggunakan lebuhraya-lebuhraya itu pada waktu normal akan menerima diskaun sehingga 30 peratus berbanding dengan harga tol sekarang.

Hasil pungutan Caj Kesesakan akan digunakan untuk menanggung kos operasi, penyelenggaraan empat lebuhraya tersebut dan bayaran balik pinjaman pembinaannnya.

Lebihan kutipan akan disalurkan kembali ke Dana Pengangkutan Awam untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara.

Info lanjut akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.

Di bawah ialah Siaran Akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang diterima.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata cadangan itu mencerminkan desakan Presiden Prabowo…
Berita Domestik
"Perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya kelak," katanya pada sidang media…
Informasi
Data-data dari sesetengah bandaraya dunia itu kini telah mula muncul dan kita lihat kejayaan dan…