Cadangan bina litar drag di setiap negeri tidak diteruskan - Menteri Sukan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Utusan
Kerajaan pusat tidak bercadang untuk meneruskan cadangan kerajaan terdahulu bagi membina litar perlumbaan drag di setiap negeri, menurut laporan MalayMail.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam respons kepada soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, langkah untuk meneruskan cadangan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.

"Buat masa ini, kementerian sedang menumpukan usaha untuk menaik taraf dan membaik pulih fasiliti sukan sedia ada.

"Sekiranya terdapat keperluan untuk membina litar lumba drag, Yang Berhormat boleh menghantar permohonan untuk dipertimbangkan.

"Bagaimanapun, sebarang permohonan pembinaan fasiliti sukan baharu hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri Ekonomi," jelasnya lagi.

Sumber: MalayMail