Anggota tentera terbabit turut menerima sepasang kaca mata hitam edisi terhad tajaan FR:JBOND bernilai RM488.
Menurut Hafizuddin, dia membeli empat keping tiket di Retromania dan tidak menyangka salah satu daripada tiketnya akan terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah.
"Saya memang peminat tegar RXZ, tetapi dua bulan lepas saya terpaksa jual motosikal kesayangan saya sebab nak beli sebuah kereta untuk kegunaan keluarga.
"Alhamdulillah, tidak sangka kini saya dapat memiliki semula motosikal kegemaran saya," katanya.
Selain Yamaha RXZ Catalyzer, Retromania Auto Show turut menyediakan tiga buah motosikal elektrik sumbangan CF Motor.
Sebuah motosikal terbabit diserahkan kepada vokalis XPDC, Ali yang baru pulih dari serangan angin ahmar.
Sumbangan itu diserahkan kepada Ali bagi membantu beliau yang baru pulih selepas terkena serangan penyakit tersebut Mac tahun lalu.