Cabaran Proton 1Tank Adventure Pantai Timur - hanya satu pasukan gagal melengkapkan pusingan

oleh Mohamad Hanif|
PROTON 1-Tank Adventure diteruskan ke Pantai Timur dari 21 hingga 22 Julai 2018 menyaksikan para peserta terdiri daripada media, selebriti terkenal, ‘Key Opinion Leaders’, dan orang awam dalam perjalanan meliputi 640km memandu Proton Saga 1.3 CVT, Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT dengan hanya satu tangki minyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Semua pasukan berjaya mencapai jarak pemanduan sejauh 640km dengan satu tangki minyak kecuali satu pasukan yang tidak dapat melepasi tetapi meliputi 630km.
 


Penggunaan minyak bagi kedua-dua kawasan Tengah dan Pantai Timur adalah berbeza walaupun jarak yang terlibat adalah 640km. Ini disebabkan perbezaan geografi di setiap kawasan. 

Sesetengah cabaran yang dihadapi oleh peserta memandu dari Kuala Terengganu ke Kuantan adalah 70% laluan jalanraya tunggal yang sempit selain trafik, kenderaan berat dan jalan berliku-liku, serta cuaca panas dan lembap merupakan antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemanduan di kawasan Pantai Timur.
 


Pencapaian terbaik dicatatkan oleh Saga 1.3 CVT dengan bacaan 3.51 L/100 km (purata penggunaan minyak dalam kumpulan Saga adalah 4.55 L/100 km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 3.97 L/100 km (purata: 5.16 L/100 km) dan Iriz 1.3 CVT pada 4.95 L/100 km (purata: 5.31 L/100 km). Keputusan ini disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF).

Kesemua 16 pasukan memandu secara santai melalui Pantai Penarik, Menara Tinjau Marang Waterfront, Medan Ikan Bakar Dungun, Chukai Hai Peng Coffee, dan Sungai Lembing Mines sebelum menuju ke Stadium Sultan Mizan untuk aktiviti pemanduan dinamik. 

Walaupun penggunaan minyak di kawasan Pantai Timur berbeza dari kawasan Tengah, keputusan menunjukkan bahawa para peserta menggunakan tip pemanduan dengan baik untuk mengalahkan satu sama lain, sambil menikmati makanan yang enak, dan pemandangan indah.
 


Aktiviti terakhir sebelum garis penamat adalah aktiviti pemanduan dinamik di mana para peserta berpeluang merasai pengalaman menaiki  kereta Persona dan Iriz yang mempunyai ciri-ciri keselamatan aktif ASEAN NCAP 5 Bintang. 

Di sini, mereka menguji ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Kestabilan Traksi (TC), dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).