Cabaran Grand Finale Shell FuelSave 95 2023 tampilkan Pemandu Paling Efisien di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kemuncak Cabaran Grand Finale Shell FuelSave 95 2023 mencapai penghujungnya apabila persaingan diantara juara-juara berakhir dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada Februari lalu, pengenalan Shell FuelSave 95 baharu membolehkan rakyat Malaysia menguji dan membuktikan bahawa New + Improved Shell FuelSave 95 memberikan pengguna sehingga 15 kilometer lebih jauh dengan setiap tangki penuh.

Shell secara aktif mendekati pengguna jalanraya di seluruh negara melalui Cabaran Shell FuelSave 95 2023 bagi menggalakkan mereka untuk menikmati perjalanan 15KM lebih jauh untuk setiap tangki yang diisi dengan bahan api gred utama baharu itu.

 

2

 

Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Cabaran Shell FuelSave 95 2023 menutup tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia.

Li Qin memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 25.45 KM/L dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan sebanyak 28.23 KM/L, menjadikannya sebagai juara keseluruhan Cabaran Shell FuelSave 95 2023.

Cabaran Grand Finale bermula di Shell SM Alisha, Shah Alam dengan jarak keseluruhan 121KM merentasi Cyberjaya – Bukit Jalil – Cheras – Ampang – Gombak – Sri Hartamas – Kota Damansara – Puncak Alam sebelum kembali semula ke titik permulaan.

 

3

 

Li Qin telah bersaing dengan Jeffrey Tan Teck Heng, 62 dari Port Dickson, Ahmad Amirul Runass, 31 dari Kuantan, Muhammad Jazli Mahathir, 30 dari Ipoh, dan Lai Siaw Feng, 38 dari Kuching.

Dimana semuanya telah mewakili wilayah masing-masing dan berjaya melepasi penanda aras purata perbatuan sebanyak 18.5KM/L dengan Shell FuelSave 95.

Li Qin selaku juara keseluruhan telah berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000, diikuti oleh hadiah baucar Shell bernilai RM2,000 untuk peserta lain.