Ini sekaligus meletakkan Volvo C40 Recharge sebagai salah satu model kereta yang paling selamat di atas jalan raya pada ketika ini.
Malah, ia juga turut meletakkan Volvo C40 Recharge sebaris dengan keluarga Volvo di mana kesemuanya turut mendapat penarafan lima bintang di dalam ujian Euro NCAP.
Volvo C40 Recharge memperoleh skor cemerlang di dalam aspek keselamatan penumpang dan sistem bantuan pemandu yang dikatakan mampu membantu mengesan dan mengelak pelanggan, mengekalkan pemanduan di atas jalan raya, serta mengurangkan impak pelanggaran apabila terkeluar daripada jalan.

Menurut Malin Ekholm, ketua di Volvo Cars Safety Centre berkata, "Kami sentiasa berazam untuk menjadi peneraju di dalam aspek keselamatan, ini bermakna kami perlu mematuhi standard keselamatan yang ketat pada setiap kenderaan kami.
Dilancarkan pada tahun 2021, C40 Recharge merupakan versi SUV coupe kepada model XC40 Recharge, dan model kedua EV yang dilancarkan oleh Volvo untuk pasaran global.
Volvo Cars merupakan pengeluar automotif pertama yang memberikan komitmen untuk langkah elektrifikasi dan berazam untuk menjual kenderaan elektrik sahaja menjelang tahun 2030.