Byton M-Byte - crossover elektrik dengan skrin paparan bersaiz gergasi

oleh Mohamad Hanif|
Bagi kita, menggunakan telefon pintar (kami tahu anda buat) ataupun mengendalikan sistem hiburan skrin sesentuh di dalam kenderaan masa kini sudah cukup untuk mengganggu tumpuan ketika pemanduan, namun bagaimana pula generasi akan datang melihat SUV ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat startup kenderaan elektrik, Byton telah mengesahkan konsep crossover elektrik mereka, Byton M-Byte SUV bakal memasuki fasa produksi tidak lama lagi. 

Untuk menarik perhatian yang lebih daripada umum, Byton menampilkan skrin paparan gergasi di bahagian kabin pada crossover M-Byte. 

Skrin bersaiz seumpama sebuah TV itu dikatakan akan memaparkan informasi yang kami kira akan mendatangkan lebih gangguan ketika pemanduan, seperti paparan navigasi seumpama anda membuka peta zaman silam. 
 


Menurut Byton, kadar kecerahan akan ditetapkan secara automatik mengikut keadaan supaya ia tidak menyakitkan mata yang memandang. 

Tidak cukup dengan penawaran skrin gergasi tersebut, Byton juga turut melengkapkan sebuah skrin bersaiz tablet di bahagian stereng serta sebuah skrin di bahagian konsol tengah dengan butang digital yang mampu mengawal sistem multimedia. 
 


Pada pendapat penulis, terlalu banyak skrin mampu mengganggu tumpuan ketika pemanduan, namun menurut Byton, mereka akan melancarkan SUV ini dengan sistem pemanduan autonomi tahap ketiga, manakala ciri swapandu tahap kelima pula bakal ditawarkan secepat yang mungkin. 

Dari segi spesifikasi teknikal, Byton M-Byte mempunyai kuasa sekitar 469 bhp sebelum disalurkan kepada sistem pacuan empat roda dan mampu bergerak sejauh 519 km. 

SUV elektrik ini hadir dalam dua varian iaitu 71 kWh dan 95 kWh dengan harga jualan bermula dari £34,000 (RM178 ribu). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di acara Frankfurt Motor Show 2019, Byton mengambil kesempatan untuk memperlihatkan…