BYD SHARK DIDEDAHKAN - PESAING RANGER RAPTOR?

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar kereta terbesar China, BYD baharu sahaja mendedahkan UTE atau trak pikap pertama mereka iaitu BYD Shark yang dijangka bakal memasuki pasaran Australia menjelang akhir tahun ini.

BYD Shark dilaporkan lebih berkuasa dan lebih pantas daripada enjin petrol turbo berkembar V6 Ford Ranger Raptor?

Shark adalah lebih besar daripada Ford Ranger atau Toyota HiLux, tetapi ia lebih kecil daripada Ford F-150 atau Ram 1500 dan dikatakan mempunyai kapasiti menunda sebanyak 2500kg.

 

byd

 

Untuk trenkuasa, BYD Shark tampil dengan kuasa hibrid, iaitu enjin petrol 1.5L turbo 192hp dan dua motor eletrik 228hp di depan dan 201hp di belakang.

Dengan gabungan dua kuasa tersebut, ia didakwa mampu menghasilkan lebih daripada 430hp dan mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 5.7 saat.

 

byd

 

Berdasarkan ujian makmal NEDC, BYD dakwa model UTE mereka mampu mencapai jarak gerak sehingga 100km jika dalam mod elektrik serta dalam mod hibrid, penggunaan bahan api adalah sebanyak 7.5l/100km.

Oleh itu, ia mampu mencapai jarak pemanduan secara keseluruhan dalam 840km.

Shark dikatakan mempunyai "sistem hibrid elektrik membujur pertama di dunia," dengan ilustrasi yang dikeluarkan oleh BYD menunjukkan keempat-empat roda digerakkan oleh motor elektrik.

Manakala untuk sistem pengecasan, BYD dakwa ia boleh dicas semula daripada 30 hingga 80 peratus hanya dalam masa 20 minit.

 

byd

 

Untuk ukuran dimensi, Shark berukuran 5457mm panjang, 1971mm lebar dan 1925mm tinggi, pada jarak roda 3260mm.

Ia adalah 87mm lebih panjang dari hidung ke ekor, 53mm lebih lebar dan 39mm lebih tinggi daripada Ford Ranger Wildtrak, tetapi mempunyai jarak roda 10mm lebih pendek.

 

byd

 

BYD mampu membawa muatan sehingga 835kg, dan kapasiti menunda 2500kg, rendah dari penanda aras 1000kg dan 3500kg masing-masing dalam kelas ute.

 

byd

 

BYD berkata 54 peratus daripada badan diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi, dan "bateri adalah sebahagian daripada struktur casis dengan ketegaran struktur sehingga 38 peratus."

Ia turut dapat membahagi tork antara roda hadapan dan belakang boleh diubah dan mempunyai tiga mod ‘terrain’ – Salji, Lumpur dan Pasir yang ditawarkan untuk kegunaan off-road.

Ciri-ciri dalaman sama seperti model BYD lain, ia terdapat skrin sentuh infotainmen berputar besar 12.8 inci yang menawarkan sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto.

 

byd

 

Di bahagian pemandu, ia menampilkan paparan instrumen 10.25 inci, dan paparan head-up 12 inci.

Tambahan itu, ia terdapat suite kamera untuk pemandangan sekeliling 360 darjah, dan pandangan 180 darjah di bawah kenderaan dan ditambah pengecas telefon wayarles 50 watt.

Selain itu, Shark boleh dikunci dan dibuka kunci dengan telefon yang dilengkapi NFC dan di’tap’ pada cermin sisi pintu pemandu, dan terdapat sokongan untuk aplikasi telefon pintar BYD.

 

byd

 

Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi lane-keep assist, lane centring assist, adaptive cruise control, blind-spot monitoring and rear cross-traffic alert.

Walaubagaimanapun, model Shark terbaharu ini akan tiba di Australia pada hujung tahun ini, tidak pasti lagi sama ada Malaysia berpeluang mempunyai model PHEV UTE ini atau tidak.

 

byd

 

SUMBER : Drive.Au

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…