BYD perlihat sedan segmen D Han - hadir dalam variasi EV dan PHEV

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang tidak tahu, BYD merupakan sebuah lagi syarikat automotif yang berasal dari China dan selain daripada memproduksikan kereta, BYD juga berupaya menghasilkan bas elektrik, trak dan juga bateri boleh cas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BYD baru-baru ini telah menerbitkan beberapa keping gambar sebuah sedan bertaraf premium bersaiz sederhana yang digelar sebagai Han. 

Sedan Han ini akan dijual dalam konfigurasi plug-in hybrid dan juga kereta elektrik. 
 


Terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua buah varian yang dimaksudkan, di mana varian PHEV hadir dengan gril tradisional ditengah-tengah lampu utama ala-ala rekaan Audi.

Han EV pula tidak menampilkan rekaan gril konvensional, selain menggunakan set lampu utama yang lebih tirus. 

Perbezaan ini diteruskan lagi di bahagian belakang di mana Han EV didatangkan dengan bumper hitam dengan diffuser kecil terpasang.
 


Menurut laporan daripada media China, BYD Han memiliki kadar pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.233, sedikit lebih baik berbanding angka yang diperoleh daripada Tesla Model S (0.24).

BYD Han EV dikuasakan oleh motor elektrik tunggal (218 hp) yang memacu roda belakang, dan terdapat versi motor elektrik berkembar yang mampu menjana 268 kuasa kuda dengan sistem pacuan semua roda. 

Jarak operasi bagi kereta elektrik Han EV ini mampu mencapai angka 450 kilometer. 
 


Manakala BYD Han PHEV pula didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo (189 kuasa kuda) dibantu dengan tiga motor elektrik bagi menghasilkan kuasa keseluruhan setinggi 476 kuasa kuda!

Kedua-dua model BYD Han EV dan PHEV akan diperlihatkan secara rasmi pada Beijing Auto Show, April ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…
Berita Global
Menurut pegawai industri dan penganalisis, akan lebih banyak pembuat kereta dijangka menyertai…