BYD K12A kini bas elektrik terpanjang di dunia (27 meter)!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat automotif China, BYD baharu sahaja melancarkan barisan bas elektrik terpanjang di dunia yang mampu membawa 250 orang penumpang pada satu-satu masa. 

Bas BYD K12A memiliki dimensi panjang dua kali ganda (27 meter) berbanding panjang tipikal sebuah bas (14 meter) dan ia dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya, direka untuk sistem BRT (Bus Rapid Transport) seluruh dunia. 

 


Bas elektrik bi-articulated ini merupakan bas pertama yang dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda (4WD) yang membolehkan sistem menukar konfigurasi pacuan dua roda kepada empat roda dengan mudah terutama ketika membawa kapasiti penumpang yang sangat tinggi. 

Walaupun ia direka bukan untuk tujuan jarak jauh, kapasiti bateri bas elektrik ini mampu membenarkan bas K12A ini bergerak sejauh 300 km - bermakna ia boleh beroperasi sepanjang hari tanpa perlu pengecasan kerap dengan kelajuan maksimum 70 km/j sahaja.

 


Sistem pengecasan juga turut ditawarkan dengan dua tetapan slot AC dan DC bagi memudahkan operator bas mengecas barisan bas elektrik mereka. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…