BYD henti produksi kereta ICE tulen, fokus kepada EV dan PHEV

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat BYD mendakwa mereka merupakan syarikat pengeluar automotif pertama di dunia yang melaksanakan penamatan produksi bagi kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE), dan kini hanya eksklusif menawarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan plug-in hybrid (PHEV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dakwaan tersebut tidak benar sepenuhnya, memandangkan sudah pun terdapat beberapa jenama seperti smart yang sudah pun menamatkan penawaran model berenjin secara keseluruhan sejak tahun 2019 lagi.

Namun, ia dilihat merupakan satu langkah yang dapat membuktikan keazaman BYD untuk menghentikan penjualan kenderaan konvensional seperti yang akan dilaksanakan oleh kebanyakan pengeluar di Eropah  menjelang tahun 2030.

Tahun lalu, BYD bekerjasama dengan Ford, General Motors, Mercedes-Benz, Volvo dan Jaguar Land Rover yang berjanji untuk menghentikan produksi kenderaan ICE di seluruh dunia menjelang 2040.

BYD turut menjelaskan mereka masih lagi menawarkan sokongan berbentuk khidmat servis dan khidmat selepas jualan, selain memastikan produksi komponen dan alat ganti untuk tempoh hayat produk kereta yang telah dihentikan penawarannya.

 


Untuk rekod, BYD telah berjaya  mencapai rekod jualan baharu pada bulan Mac, dengan jumlah sebanyak 104,338  unit kenderaan telah berjaya dijual, di mana 53,664 unit terdiri daripada BEV dan 50,674 unit kenderaan plug-in hybrid.

Ini sekaligus menjadikan BYD jenama kenderaan tenaga baharu yang paling popular di China, selain menjadi pendahulu di dalam penjualan kenderaan berelektrik untuk dua bulan pertama tahun 2022 mengalahkan Tesla.

Mengikut laporan Reuters, jualan kenderaan  hibrid jenama itu meningkat sebanyak 857 peratus kepada 141,514 unit untuk suku pertama tahun 2022, di mana hampir separuh daripada jumlah tersebut terdiri daripada kenderaan hibrid.  

Sementara laporan CarNewsChina pula menyebut BYD telah meningkatkan unjuran jualan tahunannya untuk tahun 2022, dari 1.2 juta kepada 1.5 juta unit kenderaan, dan mampu mencapai sehingga 2 juta unit kenderaan sekiranya mereka berjaya mengatasi masalah bekalan.

Sumber: Twitter BYD, Reuters, CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…