BYD guna taktik lama Jepun untuk serang pasaran Asia Tenggara?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan EV di Malaysia memang menampakkan peningkatan yang sangat ketara, dan model-model dari BYD adalah yang paling kerap dilihat di atas jalanraya.

Menurut satu laporan dari Reuters, 26 peratus dari pasaran EV di Asia Tenggara dalam suku kedua 2023 ialah dari jenama BYD dan model Atto 3 adalah model paling popular.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Atto 3 dijual di Malaysia pada harga bermula dari RM150,000, hampir sama dengan harga di Thailand.

Thailand merupakan pasaran eksport terbesar BYD sekarang untuk suku kedua tahun ini, dan jenama EV China itu turut berkembang pesat di Indonesia, Singapura dan Filipina.

Ini jauh berbeza dengan Tesla yang hanya mempunyai dua wakil pengedar sah, dan kedua-duanya berada di Singapura sementara ia masih dalam proses pembukaan cawangan di Thailand dan Malaysia.

 

 

Mungkin kita boleh katakan Tesla hanya mahu memberi fokus kepada pasaran EV premium tetapi jika jualan EV menjadi kayu pengukur, BYD jauh meninggalkan syarikat Elon Musk itu.

Antara yang menarik yang dapat dikupas dari laporan Reuters itu ialah rakan kongsi yang dipilih oleh BYD untuk pasaran-pasarannya di Asia Tenggara.

Di bawah ialah senarai rakan kongsi BYD di negara-negara tersebut:

Malaysia: Sime Darby
Singapura: Sime Darby
Indonesia: Bakrie & Brothers
Filipina: Ayala Corp
Thailand: Rever Automotive

Selain dari Bakrie & Brothers yang mempunyai fokus dalam industri perlombongan, carigali minyak dan gas, media, minyak sawit dan sebagainya, konglomerat yang lain memang mempunyai pelaburan besar dalam sektor automotif.

Rever Automotive mungkin sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan di Thailand tetapi ia dimiliki oleh keluarga Phornthep Phornprapha, yang memiliki Siam Motors Group dan sebagainya.

Ayala Corp juga adalah veteran dalam industri yang sama di Filipina di mana ia  terbabit dengan Isuzu, Volkswagen, Maxus, Kia dan Honda.

Sime Darby pula memang sudah sedia maklum sebagai antara pemain automotif paling besar di Malaysia, selepas ia membeli kumpulan UMW. 

 

 

Taktik yang diguna pakai oleh BYD ini khusus untuk memastikan pembeli-pembeli Asia Tenggara yang lebih tradisional dan lebih percaya kepada jenama-jenama yang sudah lama popular di rantau ini.

Oleh kerana BYD ialah sebuah jenama yang baharu tanpa sebarang "track record", kerjasama syarikat itu dengan syarikat-syarikat besar dan ternama dengan rekod yang baik akan "menyedapkan" hati pembeli dan memberi keyakinan.

Ini ditambah lagi dengan pengalaman pembeli di Malaysia contohnya dengan jenama-jenama China pada awal tahun 2000 yang cukup menyedihkan dan membuat ramai yang serik untuk mempercayai barangan dari negara tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh Careta sebelum ini, BYD sudah menempatkan pemerhati-pemerhati mereka bertahun awal untuk mengkaji pasaran tempatan dan penerimaan kepada jenama China.

 

 

Contohnya di Malaysia, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao sudah menetap di Sunway selama hampir 10 tahun sebelum beliau memperkenalkan dirinya dan jenama BYD.

Zhao lebih arif tentang pasaran automotif Malaysia dari sesetengah media automotif tempatan pun dan itu menunjukan betapa seriusnya jenama BYD untuk memastikan pelaburan mereka di negara yang mereka akan tembusi berjaya.

Untuk pasaran kecil tetapi modern dan penting seperti Singapura, Sime Darby menggunakan pengalamannya untuk menarik perhatian pembeli-pembeli muda yang lebih "tech-savvy".

BYD dilaporkan sanggup memberikan komisen dan pakej yang menarik kepada rakan-rakan kongsinya di Asia Tenggara demi untuk memastikan objektif mereka tercapai.

 

 

Ini satu perkara yang adil kerana pengalaman itu adalah sesuatu yang berharga dan apa yang penulis nampak, hanya BYD sahaja yang seperti sanggup untuk membayar "nilai pengalaman" tersebut. 

Memang tidak dapat disangkal antara kejayaan Tesla ialah karektor Elon Musk itu sendiri yang berdaya saing, kompetitif dan berani.

Persoalannya sekarang ialah adakah Tesla dan Elon mampu untuk menangkis serangan dari BYD dan puluhan individu seperti Eagle Zhou?

Untuk membaca laporan penuh dari Reuters, lawati pautan di bawah.

https://www.reuters.com/business/autos-transportation/chinas-byd-rides-partnerships-expand-ev-sales-southeast-asia-2023-09-19/

Untuk menonton video lawatan Careta dan temuramah bersama Eagle Zhou, sila layari video di bawah.

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga belas pengedar BYD akan membuka pintu mereka kepada orang ramai Vietnam pada hari Sabtu dan…
Berita Global
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dijangka mengumumkan perjanjian itu pada hari Isnin semasa…
Berita Domestik
Dengan keluasan ruang sekitar 8,000 kaki persegi, Pusat BYD ini menyediakan pelbagai kemudahan yang…