BYD buka kilang di Uzbekistan - sasar pasaran Asia Tengah

oleh HEZERI SAMSURI|
Dominasi global untuk jenama terbesar EV dunia, BYD nampaknya semakin aktif dengan pengumuman syarikat itu yang akan membuka kilang pemasangan EV di Uzbekistan, khusus untuk pasaran Asia Tengah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang itu dibuka dengan usahasama syarikat tempatan Uzbekistan, Uzavtosanoat JSC dan akan mula menghasilkan kenderaan seawal tahun hadapan. Kerjasama kedua syarikat itu termeterai sejak Disember 2022 lagi.

Dua model yang akan dipasang di kilang di Jizzakh ialah model PHEV Chazor dan Song Plus DM-i. Kilang itu akan mempunyai fasiliti kimpalan kerangka, mengecat dan pemasangan. Ia juga akan dieksport ke negara-negara jiran.

Kerajaan Uzbekistan sedang aktif dalam usaha untuk mempromosikan transformasi rendah karbon dan penggunaan kenderaan tenaga baharu sesuai untuk merendahkan kadar karbon.

Berita penuh dari SCMP

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…