BYD berjaya edar 12,000 unit EV Atto 3 di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kereta elektrik BYD mengumumkan mereka telah berjaya mengedarkan kira-kira 12,000 unit SUV elektrik BYD Atto 3 di pasaran Thailand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berita itu diumumkan sendiri oleh BYD pada acara Bangkok International Motor Show yang ke-44 baru-baru ini, beserta dengan harga jualan sebuah lagi model EV, BYD Dolphin untuk pasaran tersebut.
 

Dolphon
sumber gambar: Thailand Posts English


Untuk pasaran Thailand, BYD Doplhin dijual pada harga bermula dari 799,999 Baht (RM103,060), di mana ia ditawarkan dalam varian tunggal dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda hadapan berkuasa 94 PS dan 180 Nm, serta jarak gerak sejauh 410 km (data NEDC).

Pada Januari yang lepas, BYD mengumumkan mereka telah menerima tempahan berjumlah 10,300 unit untuk model Atto 3, dan dalam tempoh yang sama mereka telah menghantar 10,000 unit awalan Atto 3 untuk pasaran Thailand.
 

BYD


Minggu lalu, pembinaan kilang BYD di Rayong telah pun bermula dengan keluasan sekitar 96 hektar dan bakal siap menjelang tahun 2024.

BYD menyasarkan angka produksi berjumlah 150,000 unit setahun dari kilang mereka di Thailand.

Populariti BYD semakin meningkat di pasaran tersebut, di mana sepanjang tempoh Januari dan Februari, BYD muncul juara di dalam kategori kenderaan elektrik biarpun mereka hanya mempunyai satu model sahaja (Atto 3) pada ketika itu.
 

BYD


Di Malaysia, BYD telah pun rasmi melancarkan model Atto 3 pada penghujung tahun 2022, dengan harga jualan bermula dari RM149,800.

Baca: BYD Atto 3 masuk pasaran Malaysia

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Benua Eropah mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus, dengan 42,204 unit kenderaan telah…
Berita Domestik
Perjanjian Pengedaran tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, selepas pasaran Malaysia…