BYD Atto 3 didatangkan dengan BYD e-Platform 3.0 serba baharu yang direka khas untuk kenderaan elektrik. Memberikan kelebihan sepenuhnya terhadap kecerdasan, kecekapan dan keselamatan.

Teknologi e-Platform 3.0 bertujuan mempromosikan prestasi NEV dalam keselamatan dan julat pemanduan suhu rendah serta menambah baik pengalaman pemanduan pintar, untuk membina EV pintar baharu yang lebih cekap dan selamat.
BYD Atto 3 bakal ditawarkan dengan dua varian, iaitu varian Standard Range dengan bateri 49.92 kWj memberikan jarak gerak sehingga 410 km dan varian Extended Range dengan bateri 60.48 kWj memberikan jarak gerak sehingga 480 km.

Kedua-dua varian itu dikuasakan Blade Battery Pack oleh BYD, menghasilkan kuasa sehingga 203 HP dan 310 Nm. Kuasa itu disalurkan pada roda di depan yang menjadikan Atto 3 pacuan roda hadapan.
Atto 3 akan menyokong pengecasan pantas DC 70 kW dan 80 kW (Extended Range) yang hanya memerlukan 29 minit untuk cas dari 30% hingga 80% dan 45 minit untuk cas dari 0% hingga 80%.

Harga bagi BYD Atto 3 bermula dari RM149,800 untuk varian Standard Range, manakala varian Extended Range bermula dari RM167,800. Harga rasmi Atto 3 meletakkannya sebaris dengan saingan EV terdekatnya iaitu Hyundai Kona dan Ora Good Cat.
Anda juga tidak perlu pening untuk memilih warna bagi Atto 3 kerana ia didatangkan dengan 5 pilihan, iaitu Surf Blue, Forest Green, Parkour Red, Boulder Grey dan Sky White. Warna dalaman pula didatangkan dengan 1 pilihan iaitu campuran Eclipse Blue dan Hazy Grey.

Sempena pelancaran rasminya, BYD menawarkan beberapa pakej khas iaitu percuma pengecas rumah, RM1000 kredit pengecas dan kabel sambungan V2L.
Atto 3 didatangkan bersama 6 tahun waranti kenderaan, 8 tahun atau 160,000 km waranti bateri dan 8 tahun atau 150,000 km waranti unit motor.
Untuk anda yang berminat untuk memandu uji, anda boleh layari laman web Sime Darby Motors bagi membuat janji temu.