BYD Atto 2 dilancarkan - harga RM100,000, alternatif pada Dolphin, e.MAS 7, MG ZS EV

oleh HEZERI SAMSURI|
BYD Sime Motors, syarikat kenderaan elektrik (EV) paling popular Malaysia (lebih dari 20,000 unit terjual) telah melancarkan “serangan” terbaharu mereka, SUV EV Atto 2.

Dengan panjang 4,310mm, lebar 1,830mm dan tinggi 1,675mm, Atto 2 ini sebenarnya lebih besar dari Dolphin, Perodua Ativa dan Honda WR-V tetapi ia lebih kecil dari Atto 3.

Ia diperkenalkan ke dunia di China pada bulan Februari 2024 dan kemudian di Asia Tenggara (Bangkok International Motor Show)  pada bulan Mac lalu.

Malaysia pula ialah penerima Atto 2 dengan panduan sebelah kanan (RHD) pertama di dunia.

 

Hanya satu varian yang ditawarkan di Malaysia, dan spesifikasi ialah seperti di bawah:

Bateri: BYD Blade LFP 51.13 kWh
Jarak gerak: 300 km WLTP
Tenaga maksimum: 174hp dari satu motor tunggal di hadapan
Daya kilas maksimum: 290 Nm
Pecutan: 7.9 saat dari 0-100 kmsj
Pengecas terbina: 7kW AC; 82kW DC
Ciri-ciri kabin: Skrin sesentuh 12.8-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, tempat duduk balutan kulit sintetik, fungsi penyejuk udara untuk kedua tempat duduk hadapan, 6 beg udara, kamera 360-darjah, ADAS Tahap Ke-2 dan lain-lain.
Aksesori tambahan: Soket alat elektrik V2L, pengecas dengan palam 3-pin.
Tayar: 215/60 R17
Warna ditawarkan: Ski White, Breeze Green dan Harbour Grey

Harga yang ditawarkan sekarang ialah RM100,000 tetapi Careta menjangkakan bahawa ia tidak akan kekal pada paras tersebut.

Waranti yang diberikan ialah seperti di bawah:

- Waranti kenderaan sehingga tahun ke-6 / 150,000 km 
- Waranti bateri bilah voltan tinggi sehingga tahun ke-8 / 160,000 km 
- Waranti unit pacuan sehingga tahun ke-8 / 150,000 km 

Untuk promosi pengenalan, BYD Sime Motors menawarkan pakej pemilikan mudah eksklusif bagi Atto 2:

Pakej “Bayaran Mudah”:
- Bayaran ansuran RM0 untuk 6 bulan pertama, 100% milik anda!
- Eksklusif bersama Bank Panel Sime Motors
- “Pengecasan Mudah” penyelesaian pengecasan fleksibel (pilih salah satu):
 - Pilihan 1: Penghuni Rumah Bertanah (Landed):   Pengecas dinding percuma
 - Pilihan 2: Penghuni Kediaman Bertingkat: Sime Platinum 4+ oleh Power Up

Program langganan selama 12 bulan*
4x Pengecasan Mudah Alih dari Pintu ke Pintu setiap bulan
2x Cucian Kereta, Vakum & Sinaran Tayar setiap bulan
2x Perkhidmatan Penyelamat EV percuma setahun
*Hanya untuk kawasan terpilih. T&S dikenakan.

Di bawah ialah informasi lanjut tentang Pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up.

Dari segi rekabentuk dan juga ciri-ciri dalam kabin, Atto 2 nampak lebih moden berbanding dengan BYD M6, Dolphin dan Atto 3 sendiri. Ini kemungkinan besar kerana Atto 2 ini ialah produk yang lebih baharu berbanding dengan model-model tersebut.

Adakah ia mencuri perhatian anda? Jika ia, kongsikan kenapa di media sosial Careta!
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BYD 2025 yang berlangsung…
Berita Global
Lebih menarik, hatchback kompak itu bakal mencabar model petrol, hibrid dan EV popular di segmen B…
Berita Global
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif BYD, Li Ke, yang menyatakan bahawa perbincangan…