BWT mahu liveri merah jambu kembali digunakan pada jentera F1 Aston Martin

oleh Mohamad Hanif|
Kelibat jentera F1 Aston Martin dengan layangan warna hijau itu dilihat agak menarik, namun apabila di atas litar, sukar untuk membezakannya dengan jentera Silver Arrow Mercedes-AMG.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Perubahan daripada warna merah jambu kepada warna hijau ini adalah berikutan BWT kini bukan lagi penaja utama kepada pasukan Aston Martin Cognizant F1.

 


Namun perubahan warna tersebut tidak disenangi oleh CEO BWT, Andreas Weissenbacher dan beliau mahukan liveri merah jambu itu kembali digunakan.

Bercakap kepada Speedweek, beliau menjelaskan, "mengikut sejarah, warna British Racing Green amat mudah untuk difahami kebanyakan orang, tapi bukan saya. (Warna) Aston Martin tidak begitu menyerlah di dalam kaca TV!"

Liveri berwarna merah jambu terang itu merupakan identiti BWT bukan sahaja di dalam F1, malah dalam disiplin perlumbaan yang lain seperti DTM, GT Masters, Porsche Supercup dan Formula 4.

 


Tujuan penggunaan warna tersebut adalah untuk menjadikan penampilan jentera mereka lebih menonjol di atas litar, di mana ia mampu menarik perhatian lebih ramai pihak dan mempunyai efek pengiklanan yang lebih berkesan.

"Sekiranya jentera Aston Martin dilayangkan warna merah jambu, jenama penaja Cognizant juga kan lebih menonjol.

"Warna merah jambu bukan sekadar menjadi tanda dagang kami, ia juga melambangkan keanggunan yang tersendiri," ujarnya lagi.

Sumber: WTF1

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kokpit bagi simulator perlumbaan itu dihasilkan dengan replika jentera RB18 lengkap bersama sayap…
Berita Global
  DBX707 ditugaskan untuk membawa kaki tangan perubatan ke lokasi insiden yang dilaksanakan oleh…
Sukan Bermotor
Memetik laporan Autosports, Ford dikatakan berminat untuk menaja pasukan Red Bull F1 setelah…