Butiran BMW F850GS Adventure didedahkan - tangki bahan api lebih besar, perlindungan yang lebih baik terhadap cuaca

oleh Mohamad Hanif|
Buat peminat motosikal Adventure daripada BMW pasti tertunggu-tunggu dengan kemunculan motosikal middleweight enduro-tourer F850GS, berdasarkan satu imej paten yang didaftarkan oleh BMW.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dipetik daripada Cycle World, perbezaan yang ketara boleh dilihat pada imej tersebut ialah muncung paruh yang lebih lebar serta skrin hadapan yang lebih panjang dan mudah diubah kedudukan.

Ciri ini memberikan perlindungan yang lebih berkesan terhadap sebarang perubahan cuaca, dan ia juga ciri yang sama boleh didapati pada motosikal Africa Twin Adventure Sports, pesaing rapat model F850GS.

 

 

Penampakan struktur besi pada bahagian belakang menunjukkan F850GS Adventure serba baharu ini bakal menampilkan pannier daripada aluminium, serta terdapat crash-bar yang diletakkan bagi melindungi struktur enjin itu sendiri. 

Seperti mana motosikal kembara, F850GS Adventure serba baharu ini juga bakal memakai sistem suspensi jenis long travel, manakala dari segi kuasa pula masih mengekalkan khidmat enjin 835 cc inline-twin yang menghasilkan 95 kuasa kuda. 

Berdasarkan paten tersebut, saiz tangki bahan api juga telah diperbesarkan kepada 20 liter (daripada 15 liter pada model terdahulu), membolehkan motosikal ini mencapai jarak perjalanan lebih daripada 400 km dengan mudah. 

 

F850GS yang masih dijual oleh BMW


BMW bakal memperkenalkan F850GS Adventure ini menjelang musim luruh akan datang bertempat di Intermot Koln EICMA Milan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…