Bumbung Myvi berlubang akibat letupan belerang

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Perodua Myvi berlubang bumbungnya akibat letupan yang berlaku di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, 17 Februari yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Bernama, kejadian itu berlaku jam 3.50 pagi semasa pemilik berada di ruang tamu, dan difahamkan ia berpunca daripada bahan letupan berasaskan belerang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pemilik kereta berusia 35 tahun itu dimaklumkan oleh isterinya yang ternampak percikan api di atas kereta mangsa.

"Selang dua minit, mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang bungkusan keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan di luar rumah yang dipenuhi asap dan kemudiannya terus menghubungi pihak polis," katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumahnya berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan kerana kesan lekukan besi bumbung kereta yang masuk ke arah dalam.

"Pemeriksaan dalam kereta tersebut tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa telah mendengar satu bunyi letupan yang kuat sekitar jam 3.50 pagi," katanya.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom mendapati pembuatan bahan letupan itu adalah dari individu yang mempunyai pengetahuan tentang bom manakala bahan letupan adalah dari jenis ‘low explosive’, iaitu serbuk belerang.

Mohd Iqbal berkata teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan tersebut adalah teknik bakar kerana polis menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut namun tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian.

Mohd Iqbal berkata setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohammad Khairi, di talian 012-2666025.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…