Bukti Volkswagen Prihatin Terhadap Anda!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum anda melangkah ke pusat pameran Volkswagen, anda perlu membuang jauh-jauh imej negatif yang dilontarkan terhadap Volkswagen suatu ketika dahulu. 

Ini kerana , Volkswagen telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka demi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada para pelanggan di Malaysia. 

Tidak percaya? 

Ini antara bukti Volkswagen sebenarnya prihatin terhadap anda!
 

1. Jaminan daripada pengeluar selama lima tahun


Bermula dari 1 September 2016, Volkswagen telah membuat rombakan dengan memberikan tawaran berupa jaminan daripada pengeluar selama lima tahun bagi setiap model Volkswagen yang dijual di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, malah semua model juga turut layak untuk menerima pakej bantuan tepi jalan selama lima tahun!

Tawaran ini turut merangkumi transmisi DSG yang telah dikemaskini serta lebih tahan lasak untuk kegunaan para pengguna di Malaysia. 
 

2. Tawaran Penyelenggaraan Percuma Tiga Tahun


Untuk menjamin ketenangan hati dan jiwa sepanjang pemilikan kereta Volkswagen, Volkswagen menawarkan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau jarak perbatuan 45,000 km yang mana terdahulu bermula 1 Januari 2018.  

Program ini merangkumi kesemua kos penyelenggaraan yang dikenakan tidak termasuk barangan pakai dan buang. 

Dengan tawaran ini, para pemilik yang mematuhi arahan servis berkala tidak perlu risau akan kos penyelenggaraan kereta Volkswagen mereka. 
 

3. Jadual Servis Berkala Lebih Mesra Poket


Volkswagen telah menyemak semula senarai jadual servis berkala yang dibuat untuk kesemua model Volkswagen yang dibuat pada April 2018 yang lalu.

Semakan semula ini dibuat memandangkan terdapat peningkatan sela jarak perbatuan bagi penggantian sesetengah komponen, sekaligus memberikan penjimatan sehingga 26% berbanding kos yang terdahulu. 

Volkswagen menjamin dengan jadual servis berkala baharu ini digandingkan dengan tawaran penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, ia mampu menawarkan kadar pemilikan Volkswagen yang lebih mesra pengguna. 

Untuk menyemak senarai harga dan kos servis, pelanggan boleh melayari https://www.volkswagen.com.my/my-vw/service/service-pricing-guide


4. Masalah alat ganti? Usah risau!


Sebelum ini, Careta pernah mendengar terdapat segelintir para pemilik yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menanti alat ganti tiba. 

Namun, dengan adanya hab logistik moden yang terletak di Tanjung Pelepas bagi menggantikan hab di Singapura, Volkswagen AG kini memastikan hampir 95 peratus alat ganti untuk model Volkswagen di Malaysia kini tersedia. 


5. Volkswagen berada di tiga tempat teratas Indeks Kepuasan Pelanggan JD Power 2018!


Hasil daripada penambahbaikan yang dibuat oleh Volkswagen seperti yang disebutkan di atas, ia juga turut diterjemahkan kepada peningkatan tahap kepuasan pelanggan di Malaysia. 

Tidak percaya?

Menurut laporan indeks kepuasan pelanggan yang dibuat oleh JD Power tahun lalu, jenama Volkswagen berada di tangga ketiga mengalahkan banyak jenama pesaing dari negara Matahari Terbit!

Jadi, apakah yang ditawarkan oleh Volkswagen ini masih tidak cukup? 

Tepuk dada, tanya selera!


6. Program Kesetiaan Pelanggan Volkswagen Cares


Peredaran zaman yang lebih moden turut mengubah cara interaksi di antara pengeluar automotif dengan para pelanggan mereka. 

Volkswagen turut sama melancarkan aplikasi mudah alih mereka, iaitu Volkswagen Cares, sebuah program kesetiaan pelanggan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik selari dengan gaya hidup yang pantas masa kini. 

Pelbagai tawaran menarik menanti di hujung jari, antaranya seperti: 

  • promosi jualan dan khidmat selepas jualan 
  • ganjaran kepada pemilik
  • acara Volkswagen dalam masa terdekat
  • kandungan video informasi berguna
  • bantuan tepi jalan 24 jam

Bagi bukan pemilik Volkswagen, anda juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini untuk melihat tawaran terkini, malah boleh juga menempah slot pandu uji menerusi aplikasi ini. 

Aplikasi Volkswagen Care ini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Android Play Store dan juga Apple Apps Store. 

 

7. Volkswagen Care Plus 


Bagi pemilik kenderaan Volkswagen yang sudah mencecah usia lima tahun pemilikan atau empat tahun ke atas , Volkswagen turut melancarkan program eksklusif Volkswagen Care Plus (VCP).

Dengan sekali pembayaran sahaja sebanyak RM138, ahli VCP akan menerima ganjaran eksklusif seperti:

  • baucer servis 20% sebanyak tiga kali
  • baucer barangan eksklusif Volkswagen bernilai RM100
  • tambahan tempoh dua tahun kepada bantuan tepi jalan Volkswagen

Mereka yang berminat boleh mendaftar di mana-mana pengedar sah Volkswagen dan membuat bayaran sebelum menerima kad keahlian masing-masing.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…