Bukti Mertajam: Kereta terhimpit bawah lori balak akibat menukar lorong secara tiba-tiba!

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang pemandu kereta menukar lorong secara tiba-tiba dipercayai menyebabkan kemalangan membabitkan treler muatan kayu balak dengan kereta di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok, Bukit Mertajam, semalam.


Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta terbabit, Ong Yean Leng, 37, berasal dari Machang Bubok, maut di tempat kejadian selepas keretanya terbabas dan terhimpit di bawah treler berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati ketika pemandu treler berada di jalan menghala ke arah Jawi, kereta terbabit masuk ke lorong bertentangan.

 

Beliau berkata, akibatnya berlaku pertembungan kedua-dua kenderaan itu dan pemandu treler yang hilang kawalan masuk ke bahagian kanan bahu jalan.

 

“Treler dipandu lelaki berusia 56 tahun itu terbabas bersama muatan kayu balak sebelum terbalik dan menghempap kereta dipandu wanita berkenaan.

 

“Kerja menyelamat bagi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa selama tiga jam,” katanya.

 

Mohd Mustafa berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Kemalangan terbabit berlaku pada 3.58 petang dan kerja menyelamat dilakukan pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dengan menggunakan dua kren bagi mengalihkan treler dan kayu balak yang menghempap kereta.

 

Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.26 malam.

 

 

Sumber:HM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…