Bukit Aman Lancar ‘Ops Mabuk’ Setiap Hari di Seluruh Negara

oleh Penyumbang Rencana 2|
DALAM usaha mengurangkan kemalangan akibat pemandu mabuk, Bukit Aman akan menggandakan usaha mengesan pemandu kenderaan yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Lalulintas Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, operasi yang dinamakan ‘Ops Mabuk’ itu kini sedang dijalankan setiap hari di seluruh negara.

“Bukit Aman telah mengarahkan semua ibu pejabat polis di seluruh negara menjalankan Ops Mabuk setiap hari. Operasi ini telah dimulakan oleh polis Kuala Lumpur dan kini telah dilanjutkan ke semua negeri di seluruh negara.

“Operasi ini telah dimulakan minggu lalu.  Anggota polis yang membuat sekatan jalan dilengkapi dengan satu alat penganalisa nafas elektronik yang dapat menguji secara terus semua pemandu kenderaan yang disyaki di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Menurut Azisman, ops tersebut memberi perhatian khusus kepada kes-kes pemandu mabuk yang telah mengakibatkan kecederaan parah dan kematian sejak awal tahun ini.
 


Ujar beliau, dalam bulan Januari tahun ini sahaja, sejumlah 316 pemandu di seluruh negara telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat dari sejumlah 3,702 ujian yang dilakukan terhadap suspek dalam 116 operasi yang dijalankan.

“Sepanjang tahun lalu 1,116 pemandu telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dari 20,966 orang yang diperiksa dalam 911 operasi dijalankan melibatkan sejumlah 19,281 buah kenderaan.

“Berdasarkan statistik ini dan jika dibandingkan pada tahun lalu, terdapat sedikit peningkatan kes-kes pemandu mabuk,” katanya.

Azisman menjelaskan, dari kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan antara 35 negara yang mempunyai kadar tinggi kemalangan akibat pemandu mabuk.

Justeru ujar beliau, polis harus menyelesaikan isu tersebut dengan cara mengambil tindakan drastik kerana pemandu mabuk di negara ini telah menjadi masalah sosial yang serius.

Tambah Azisman, selain pihak polis atau jabatan trafik yang dipimpinnya telah dipilih sebagai barisan hadapan dalam menangani isu itu, tindakan menangani pemandu mabuk juga merupakan usaha pelbagai agensi

 


Pada masa yang sama, Azisman turut menasihati pemandu agar tidak memandu di bawah pengaruh alkohol selain memberi amaran kepada orang ramai, agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pemandu mabuk.

“Mudah sahaja. Jangan memandu jika anda minum. Ini dapat mengelakkan bahaya kepada diri sendiri dan orang juga lain.”

“Jika anda berdepan dengan seorang pemandu mabuk di bawah pengaruh alkohol atau dadah, jangan tangani menggunakan kekerasan, sebaliknya lapor kepada pihak polis. Biar kami yang mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab ini mengikut undang-undang negara,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar denda dan tempoh penjara bagi mereka yang disabitkan bersalah kerana memandu secara berbahaya serta di bawah pengaruh sama ada alkohol atau dadah.

Beliau mencadangkan peningkatan denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun berbanding hukuman sedia ada sehingga 10 tahun.

Malah, Azisman juga merupakan antara individu yang menyokong hukuman lebih berat terhadap pemandu-pemandu mabuk dan beliau telah mengusulkan satu kajian semula terhadap Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bulan lalu.


Olahan artikel dari Malay Mail.

Oleh: Hamimah Hamid dan Mohd. UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Informasi
  Dalam kenyataan JSJ Bukit Aman berkata, statistik menunjukkan 6,709 kertas siasatan telah dibuka…
Berita Domestik
Dalam satu video ringkas yang diterbitkan oleh KiniTV, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri…