Bukan tiga, tapi empat model Proton bakal dilancarkan 18 Februari ini!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala gambar-gambar spyshot yang kami terima sejak beberapa bulan yang lalu lebih tertumpu kepada tiga model utama, iaitu Saga, Iriz dan Persona, nampaknya Proton bakal membuat satu kejutan menjelang pelancaran rasmi pada 18 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana berdasarkan semakan yang dibuat di laman web Proton, terdapat empat buah model edisi khas yang akan diperkenalkan kepada umum, iaitu:

  • Persona Black Edition
  • Exora Black Edition
  • Iriz R3 Limited Edition
  • Saga R3 Limited Edition

 


Berkenaan model Black Edition, tidak banyak informasi yang diperoleh selain daripada penggunaan rim bersaiz 16 inci pada model Persona, penawaran warna hitam di bahagian luar, serta berkemungkinan besar penawaran lampu jenis LED seperti yang terdapat pada model Iriz facelift.

Antara kejutan yang dibawakan pada model Iriz R3 Limited Edition adalah penawaran rim 16 inci dengan rekaan rim Neo CPS, sementara model Saga R3 Limited Edition pula kekal dengan rim yang sama terdapat pada model Saga Anniversary Edition.

Setakat ini, tiada sebarang informasi berhubung spesifikasi atau talaan yang dibuat oleh divisyen R3 untuk model-model Iriz dan Saga R3 Limited Edition.

Nantikan maklumat penuh berhubung spesifikasi keempat-empat model ini menjelang 18 Februari nanti.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Empat model yang dimaksudkan adalah Proton Iriz R3 Limited Edition, Proton Saga R3 Limited Edition…