Bukan sekadar trak pikap, F-150 Lightning boleh jadi bank kuasa untuk rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Ford telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat penyedia solar terbesar Amerika Syarikat, Sunrun bagi membolehkan trak pikap elektrik Ford F-150 Lightning digunakan sebagai sebuah bank kuasa untuk rumah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi model yang dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 131 kWh, Ford mendakwa F-150 Lightning itu mampu menyalurkan kuasa sehingga 9.6 kW.

Berdasarkan penggunaan purata isi rumah di Amerika Syarikat sebanyak 30 kWh per hari, trak pikap ini dikatakan mampu memberikan kuasa penuh sehingga tempoh tiga hari.

Untuk itu, Ford dan Sunrun menyarankan pemasangan Home Integration System yang membolehkan trak elektrik ini menyimpan dan menyalurkan tenaga kembali apabila diperlukan di mana sistem tersebut terdiri daripada unit penyongsang kuasa, sistem bateri black start dengan suis yang membolehkan aliran tenaga dua arah.
 

F-150 m


Ciri yang sangat berguna terutama ketika mengalami keputusan bekalan elektrik di musim sejuk.

Di Amerika Syarikat, trend permintaan yang tinggi terhadap Ford F-150 Lightning mengakibatkan Ford terpaksa menutup sementara buku tempahan bagi model tersebut.

Berdasarkan laporan pada penghujung tahun lalu, Ford telah berjaya mencatatkan tempahan lebih 200,000 unit, dengan 70 peratus daripada pembeli sebenarnya merupakan pelanggan baharu Ford, menurut CEO-nya Jim Farley.

Baca: Ford F-150 Lightning 2022
Baca: Ford F-150 Lightning Pro 2022
Baca: Ford F-150 Lightning boleh cas kenderaan elektrik lain
Baca: Ford F-150 Lightning terima tempahan memberangsangkan, lebih 200k unit!

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
  Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck)…
Berita Global
Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah…