Bukan prop Kamen Rider, tapi motosikal hidrogen pertama di dunia oleh Kawasaki!

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal yang agak ‘berisi’ ini bukanlah prop yang digunakan untuk penggambaran adiwira Kamen Rider, akan tetapi motosikal sebenar yang dihasilkan oleh Kawasaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih tepat lagi, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang dihasilkan oleh Team Green ini merupakan motosikal pertama Kawasaki berkuasa hidrogen, di mana ia dibangunkan oleh konsortium HySE yang disertai oleh Kawasaki, Yamaha, Suzuki, Honda dan Toyota.
 

H2


Menurut laporan WeBike, Ninja H2 HySE ini dibina berdasarkan model H2 sedia ada, dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 999 cc yang lengkap dengan ciri sistem bahan api suntikan terus.

Sementara rekaan ‘kotak pannier’ sisi yang agak besar pada kiri dan kanan jentera itu direka untuk storan kanister hidrogen tambahan.
 

Hy


Ia juga turut membawakan unit lampu berbentuk H yang menggambarkan penggunaan bahan api hidrogen, diikuti dengan liveri warna biru dan hitam arang yang membawakan kelainan yang tersendiri.

Difahamkan, model prototaip ini akan digunakan untuk ujian penilaian terlebih dahulu, di mana terdapat perancangan untuk mengkomersialkan enjin motosikal berkuasa hidrogen seawal tahun 2030.
 

H2


Penggunaan enjin pembakaran dalaman dengan suapan bahan api hidrogen bukanlah satu perkara yang asing buat pengeluar Jepun.

Toyota sebelum ini pernah memperlihatkan beberapa buah model konsep GR berkuasa hidrogen, malah mereka juga turut menguji sendiri keberkesanan gandingan tersebut di dalam litar lumba sebenar.

Sumber: WeBike