Bukan #fakenews - Honda Civic sedan baru nak dijual di UK!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Walaupun Honda Civic Type R dipasang di United Kingdom tetapi negara tersebut masih belum menerima Honda Civic sedan seperti yang dipasarkan di negara kita dan pasaran lain.

Untuk makluman, famili Civic generasi kesepuluh mempunyai beberapa jenis badan iaitu sedan, coupe (Amerika Syarikat) dan hatchback.

Jenis badan ini dibahagikan mengikut benua dengan sedan paling banyak di peringkat global manakala jenis lain mengikut permintaan atau kajian pasaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Civic

 

Sebagai contoh, Civic Sedan dan Hatchback dipasarkan di Indonesia dan Thailand manakala di negara kita pula cukup dengan Civic Sedan. Tawaran tunggal Civic Hatchback ialah melalui Civic Type R.

Jika negara kita tidak menerima Civic Hatchback, UK pula tidak menerima Civic Sedan sehinggalah bulan Ogos nanti.

Memang pelik dan lebih menarik apabila Civic Sedan ini tidak dipasang di UK tetapi diimport masuk dari Turki.

Selain itu, tawaran enjin yang didatangkan juga suatu yang menarik apabila pembeli boleh mendapatkan Civic Sedan dengan enjin 1.0 liter dan ini bukan #fakenews

 

Honda Civic

 

Sesaran yang kecil itu mungkin boleh membuatkan sesiapa yang mendengarnya tertanya-tanya kerana ia sama saiz dengan Perodua Axia.

Cuma bezanya dengan Axia ialah enjin 988 cc tiga silinder ini menggunakan pengecas turbo untuk membantu menggerakkan kereta. Kuasa enjin serba baharu ini ialah 127 hp dengan 200 Nm tork.

Angka tersebut jika dibezakan dengan enjin R18Z1 1.8 liter i-VTEC ialah defisit 12 hp tetapi ditebus semula dengan pertambahan tork sebanyak 26 Nm.

 

Honda Civic

 

Cukai jalan dan penggunaan petrol pula semestinya lebih rendah berbanding enjin Honda lain yang lebih besar.

Enjin 1.0 liter tersebut boleh dipadankan dengan transmisi CVT atau manual. Selain itu, Honda turut menawarkan enjin 1.6 i-DTEC dengan transmisi manual atau transmisi baharu automatik sembilan kelajuan!

Menarik bukan? Jika tawaran seperti ini dibuat di negara mungkin kacau bilau pasaran kereta penumpang!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…