Buick GL8 Avenir Concept - mahu cabar Lexus LM?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama Buick bukanlah popular di Malaysia, malah carian ringkas di beberapa laman web menjual kereta seperti Carlist.my dan Mudah.my hanya menyenaraikan kurang daripada lima buah kereta daripada jenama tersebut. 

Buick merupakan satu divisyen di bawah jenama besar General Motors, memfokuskan kepada penghasilkan kenderaan mewah dengan pasaran terbesar mereka ialah di China, selain daripada Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
 


Jika anda mengikuti perkembangan di Shanghai bulan lalu, Buick turut melancarkan model konsep minivan yang dinamakan Buick GL8 Avenir Concept bagi melawan minivan yang dihasilkan oleh Lexus LM. 

Ia dibangunkan oleh Pan Asia Technical Automotive Center (PATAC) GM di Shanghai dan menurut Buick, konsep yang dipamerkan ini adalah hampir kepada versi produksi massa. 

Dari segi luaran, ia sebenarnya tidaklah begitu lari jauh daripada model generasi ketiga yang memasuki pasaran sejak tahun 2017 lagi. 

 


Namun apa yang menarik perhatian adalah ruangan dalamannya yang tampak lebih mewah diinspirasikan daripada rekaan air terjun - boleh dilihat pada rekaan tempat duduk, kusyen kerusi dan juga perehat tangan. 

Rekaan kabin yang berwarna kelabu cair dan biru kehitaman merupakan tanda hormat kepada seni lukisan dakwat China tradisional, diikuti oleh warna siling biru gelap dan karpet berwarna cashmere. 
 


Model konsep ini menampilkan papan pemuka dengan sistem multimedia skrin sesentuh bersaiz 12 inci, meter instrumen digital serta sistem head-up display 14 inci. 

Konfigurasi dua tempat duduk mewah di ruang belakang dengan  kelihatan seperti hotel mewah lima bintang seakan mahu melawan apa yang cuba dibawakan oleh Lexus LMnya. 

Baca: Lexus LM 2020