Buggy EV comel Citroen My Ami Buggy untuk dijual, 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar Disember 2021, Citroen memperlihatkan sebuah konsep buggy berkuasa elektrik menggunakan asas daripada My Ami, dengan kelengkapan seperti pelindung lampu utama, tayar all-terrain, bar lampu LED, tayar simpanan atas bumbung, siap dengan set bagasi kustom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, ia sedia untuk dijual kepada umum, namun model ini tidak lagi mengikut spesifikasi konsep yang asal.

Citroen My Ami Buggy versi produksi ini membawakan ciri seperti warna badan hijau gelap dengan aksen kuning cerah, rim keluli berwarna gangsa dengan pelindung tengah hitam, serta rekaan pintu tubular kiri dan kanan.
 

My Ami


Bahagian bumbung pula dilayangkan warna gelap dengan menampilkan satu seksyen kanvas yang boleh dibuka dan disimpan di dalam ruang belakang tempat duduk.

Ruang kabin pula menampilkan tempat duduk berwarna hitam dengan jahitan kuning, sementara ruangan storan di atas papan pemuka pula diwarnakan kuning.

Ia turut hadir dengan plak "My Ami Buggy Ultra Special Limited Edition" beserta dengan angka produksi berjumlah 50.
 

My Ami


Ya, My Ami Buggy ini hanya dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja dengan harga jualan bermula dari €9,790 (RM44,900), dan boleh ditempah menerusi medium dalam talian sahaja.

Citroen My Ami merupakan sebuah kuadrisikal elektrik berkuasa 8 hp dan mempunyai jarak operasi sejauh 70 km di mana kuasa diperoleh daripada pek bateri berkapasiti 5.5 kWh.

Kemaskini 22/06/2022: Kesemua 50 unit My Ami Buggy telah pun habis terjual dalam masa 17 minit 28 saat!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…