Bugatti lancar program penyesuaian bespoke Sur Mesure

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, sebagai sebuah pengeluar kereta-kereta pantas mewah, Bugatti juga sebenarnya turut menawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, menerusi Sur Mesure (perkataan Perancis yang membawa maksud "yang disesuaikan"), Bugatti kini menawarkan pelbagai jenis penyesuaian yang boleh dipilih oleh pembeli supercar/hypercar bernadikan W16 itu.
 

Sur Mesure


Contoh pertama yang diperlihatkan adalah menerusi model Bugatti Sur Mesure Chiron Pur Sport yang membawakan elemen retro berdasarkan jentera lumba Type 51 yang berjaya memenangi GP Perancis pada tahun 1931.

Chiron Pur Sport Sur Mesure ini membawakan angka 32 yang sebenarnya dicat menggunakan tenaga tangan, selain corak rekaan "EB" dan dua warna badan yang diperoleh daripada jentera lumba era 1920-an dan 1930-an.
 

Sur Mesure


Tema perlumbaan diteruskan di bahagian kabin, di mana ia turut menampilkan corak rekaan berbilang lapisan "EB" pada panel pintu, plet "Grand Prix" pada ambang pintu dan konsol tengah, serta sulaman nombor 32 pada perehat kepala.

Untuk penyesuaian menerusi program Sur Mesure ini, tiada sebarang anggaran harga didedahkan oleh Bugatti, namun sebagai makluman harga asas sebuah Bugatti Chiron Pur Sport bernilai $3.7 juta SAHAJA (RM15.59 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…