Bugatti lancar jam tangan pintar RM4.5k, diperbuat daripada seramik & titanium

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Bugatti bukanlah asing jika dikaitkan dengan jam tangan yang mewah, namun ini merupakan kali pertama Bugatti hadir dengan produk jam tangan pintar.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menerusi kerjasama dengan pengeluar barangan yang boleh dipakai VIITA, Bugatti melancarkan tiga model jam tangan pintar bersempena dengan nama model supercar iaitu:

  • Bugatti Ceramique Edition One Pur Sport
  • Bugatti Ceramique Edition One Le Noire
  • Bugatti Ceramique Edition One Divo

 


Binaan ketiga-tiga jam tangan ini terdiri lebih daripada 1,000 komponen berasingan, dan diperbuat daripada bahan seramik tahan calar dan titanium berkekuatan tinggi.

Menurut Bugatti dan VIITA, ketiga-tiga jam tangan pintar ini mampu menyokong sehingga 90 jenis aktiviti sukan, sistem pemantauan kadar degupan jantung, bacaan VO2 Max, kandungan oksiden dalam darah, tahap stress, sistem pemantuan tidur dan sokongan GPS.

 


Jam tangan Bugatti dan VIITA ini menggunakan sistem operasi yang tersendiri, serta aplikasi yang menyokong peranti Android serta iOS.

Bateri pula menawarkan jangka hayat sehingga 14 hari yang mampu menguasakan skrin LED berwarna penuh 390 x 390 piksel dengan keupayaan sentuhan dan kalis air sehingga 100 meter.

 


Jam tangan Bugatti ini boleh didapati menerusi Kickstarter dengan harga jualan yang agak mahal, bermula dari €899 (RM4,511) dan unit yang agak terhad bergantung kepada sambutan yang diberikan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…
Berita Global
  Kereta itu dihasilkan dari imbasan tiga dimensi model asal kereta lumba Grand Prix 1924 dan…
Berita Global
  Menurut Giorgetto Giugiaro, EB112 membawa sejumlah ciri-ciri nostalgik Bugatti era lewat 30-an…